in

“Bukan penghinaan” – Lelaki Berbangsa India Perjelas Kenapa K*ling Bukan Satu Sensitiviti

Ft Lelaki India Dakwa Kling Bukan Hinaan

Baru-baru ini, tular satu kes apabila seorang wanita menggunakan istilah k*ling kepada orang India, ianya mengundang kemarahan orang ramai kerana dilabel sebagai tidak sensitif.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Suman Sivam tampil memberikan keterangan bahawa ianya bukanlah satu hinaan.

 

“Saya tak faham kat mana sensitiviti”

Kata Suman, dia peka dengan isu yang melanda sehingga timbul perbalahan sesama sendiri. Katanya lagi, tiada satu pun perkataan yang menunjukkan ia satu hinaan.

“Maksudnya k*ling, di Malaysia, banyak nama yang berunsurkan k*ling, seperti Tanjung K*ling, Ubi K*ling, Pisang K*ling, Tanjung Kapitan K*ling, Masjid K*ling, adakah ini dijadikan sensitiviti masyarakat? Sebenarnya tidak!”

“Mereka olah perkara ini sebagai satu penghinaan sebenarnya itu adalah tamadun bangsa, macam mana boleh jadi tidak suka.”

Screenshot 2023 02 15 153141

Suman juga meminta rakyat Malaysia untuk berfikir dengan lebih mendalam akan hal tersebut.

“Contoh kata, di Kampung Kapitan K*ling ataupun di Tanjung K*ling, ada bangsa India yang tinggal di situ, mereka datang ke pusat bandar. Bila orang lain tanya di manakah kamu tinggal?”

“Apa dia nak jawab? Dia berbangsa India yang sensitif dengan maksud k*ling, apa yang dia nak jawab dengan orang yang tanya mana dia duduk? Mesti diaorang akan jawab Tanjung K*ling sebab itu adalah nama tempat ataupun penghargaan sesuatu bangsa yang negara bagi.”

Screenshot 2023 02 15 153103

Suman juga menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana sensitiviti mengenai istilah itu, menurutnya, jika dikaji semula sejarah lama tidak ada menunjukkan istilah k*ling itu adalah satu penghinaan dan kata-kata yang tidak boleh digunakan.

“Kalau di Malaysia bahasa itu atau perkataan itu melibatkan pergaduhan, kerajaan dah buat dari awal, satu akta dan undang-undang berkaitan perkara itu tetapi tidak dilakukan di mana-mana negeri pun, bermakna perkara itu tak sensitif, ia diolah menjadi sensitif oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.”

Dia memberikan contoh perkara yang berkaitan dengan perkauman yang melibatkan ahli politik berbangsa India mengenai gesaan kerajaan untuk tangani penguasaan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Screenshot 2023 02 15 153118

“Ini baru racist, sebab apa? Perkara ini dah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan di sini ada banyak kurungan, sebab Perkara 153 ini adalah satu topik yang besar untuk kita rungkaikan.”

“Bila Perkara 153 diusik oleh bukan Melayu ataupun bangsa lain, itu dikira racist, benda yang tidak boleh diubah dalam perlembagaan ada lima, termasuk Perkara 153, sebab itu dalam kawalan Yang Di Pertuan Agong.”

Suman menceritakan pengalamannya ketika berada di Brunei serta Sabah dan menyatakan bahawa orang-orang disana menggunakan istilah k*ling ini.

“Itu dah jadi satu kebiasaan, takkan kita nak bergaduh di Brunei, di Sabah, dia kata oh awak bangsa k*ling ke, takkan lah nak bergaduh dengan mereka, sebab itu adalah pemahaman mereka sepertimana yang mereka pelajari.”

Screenshot 2023 02 15 153132

“Tetapi di Semenanjung ini berbeza, k*ling ini sensitiviti, penghinaan kepada bangsa, kaum, kontroversi, apa yang malu?”

Dia juga mempersoalkan kepada mana-mana pihak yang tidak puas hati mengenai istilah ini.

“Adakah kamu kaji nama-nama di Malaysia yang berunsurkan dengan perkataan k*ling? Itu nama, itu bukan penghinaan, contoh kalau dia panggil k*ling anj*ng, itu baru penghinaan.”

https://www.tiktok.com/@suman_sivam/video/7198539422734781722

Suman turut menyatakan bahawa tiada satu kes di mahkamah berkenaan dengan hinaan jika menggunakan istilah k*ling ini. Dia turut mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa sesetengah pihak perlu sentap dengan istilah ini.

“Sedangkan perkara ini berunsurkan tamadun, berunsurkan sejarah, bukan berunsurkan penghinaan ataupun memandang rendah, kita sebenarnya diperbodohkan sesuatu pihak, saya tak tahu dimanakah kesilapan benda ini berlaku.”

“Sebelum ini pun moyang kita, bapak kita, dia panggil k*ling, bukan mereka marah, bukan bergaduh pun dan sampai hari ini pun mereka tak marah, tapi untuk generasi sekarang, tersangat sentap, kenapa? Sebab mereka tak buat kajian.”

Tegasnya, seandainya kita buat kajian, kita akan nampak apa yang dimaksudkan. Suman juga memberikan contoh yang pernah bangkit dalam parlimen oleh Tan Sri Rais Yatim yang juga pengamal undang-undang.

Jelasnya, beliau pernah memberikan kenyataan bahawa istilah k*ling ini tidak memberikan satu sensitiviti dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat dan bangsa.

Tambahnya lagi tujuan dia membuat perkongsian ini adalah ingin memberikan pandangan dari segi ilmiah berkenaan perkataan tersebut.

Baca : “Kenapa nak kena guna k*ling?” – Dewan Bahasa Pustaka Jawab Kritikan Penggunaan ‘Perkataan’ Ini

Dbp