in

“Bukan pemain kami” – Kelantan FC Sahkan Tiada Pemain Ditangkap Kerana Dakwaan Rogol

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu dilaporkan seorang pemain bola sepak liga Malaysia telah ditahan selepas pihak polis menerima laporan rogol dari seorang remaja berusia 18 tahun.

Pemain bola berusia 28 tahun itu telah ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan di Kelantan pada Ahad lalu.


Ekoran ini, ramai netizen telah membuat spekulasi bahawa suspek yang ditangkap tersebut adalah salah seorang pemain Kelantan FC.

Memetik laporan dari FMT, hari ini Kelantan FC telah mengesahkan bahawa tiada pemainnya yang telah ditangkap ekoran kes rogol.

Operasi pasukan The Red Warrior Qusmaini Noor Rosli mengesahkan perkara ini selepas siasatan dalaman dijalankan oleh pengurusan teratas.

Pelatih Tim Futsal Bank Sumut Fc Asal Negeri Jiran Malaysia Qusmaini Noor Rusli

Kami (Kelantan FC) mengesahkan yang tiada pemain Kelantan FC terlibat atau terkait dengan isu tidak bermoral ini.”

Selain itu Qusmaini turut menegaskan bahawa pihak Kelantan FC turut memandang serius tuduhan yang dibuat oleh segelintir pengguna media sosial terhadap pemain-pemainnya serta turut mengesan beberapa akaun media sosial yang terlibat.

Untuk pengetahuan korang, remaja yang juga merupakan seorang jurujual kain dan tudung mengatakan dia telah didatangi suspek ketika keluar membuang sampah sebelum ditolak ke belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

Mangsa cuba melawan dan menjerit namun tiada ahli keluarga di rumah ketika kejadian dan remaja perempuan itu mendakwa dia dirogol tanpa kerelaan.”

Suspek kini direman selama empat hari dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Korang angan pandai-pandai pulak assume siapa nanti tak pasal-pasal jadi benda lain pulak, tak lama lagi mesti kita tahu juga siapa kan? 

 

Baca: “Pernah terima gambar lucah” -Polis Tahan Pemain Bola Sepak Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja Perempuan

Polis Tahan Pemain Bola Sepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.