in

Bukan Orang Malaysia Lah Kalau Tak Makan 10 Jenis Sambal Paling Padu Ni!

Sambal.featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bukan Orang Malaysia Lah Kalau Tak Makan 10 Jenis Sambal Paling Padu Ni!
Loading
/

Masyarakat Malaysia memang tidak boleh lari dengan hidangan berasaskan sambal. Tak kira lah sambal dalam masakan mahupun sebagai pencicah, ianya menjadi satu menu wajib bagi mereka yang menggemari masakan ala kampung.

Kalau betul korang dari Malaysia, korang mesti setuju bila admin cakap inilah 10 jenis sambal paling padu digemari semua rakyat Malaysia! Paduuuu beb!


 

1. Sambal Tumis

S.tumis
sumber: bonding tool

Sudah tentunya, sambal tumis adalah kegemaran rakyat marhaen kan. Seperti biasa, dimakan bersama nasi lemak yang enak dan kalau mahu lebih umphh, boleh tambah ikan bilis. Tapi lagi padu kalau buat sambal udang atau sambal sotong bersama petai! Perghhhh!

S.ikan Bilis
sumber: food porn
Udang
sumber: denai. My

 

2. Sambal Kicap

S.kicap
sumber: youtube

Lagi satu jenis sambal yang boleh dikatakan ‘kalau takde, tak padu lah!’. Ada yang suka cili dikisar sehingga lumat, tapi ada juga yang suka cili dipotong seperti biasa. Sering dihidangkan bersama sup, soto atau menjadi pencicah tauhu dan ikan bakar, sambal kicap ni pun padu kalau dibuat pencicah untuk buah mangga. Jangan lupa tambah gula sikit!

S.kicap4
sumber: neena anuar
S.kicap5
sumber: vitdaily

 

3. Sambal Ketuk

S.ketuk
sumber: manis

Cara nak buat sambal ketuk ni tersangatlah mudah. Cuma menggunakan, cili padi atau cili api, bawang putih, bawang merah, sedikit belacan dan bahan utama iaitu ikan bilis! Berbeza dengan sambal-sambal yang lain, sambal ketuk ini digoreng terlebih dahulu dan kemudian baru ditumbuk sehingga lumat. Tapi, jangan lupa letak sikit asam limau biar masam sikit baru terangkat! Sahur makan nasi dengan sambal ketuk pun dah cukup weiii!

S.ketuk2
sumber: jamaliah ahmad
S.ketuk1
sumber: jamaliah ahmad

 

4. Sambal Belacan 

S.belacan1
sumber: youtube

Ni lah sambal paling wajib ada dalam setiap hidangan kan?! Betapa sedapnya ulam-ulaman dicicah dengan sambal belacan, hanya mereka yang suka je tahu kan! Sambal belacan boleh didapati dalam dua versi iaitu kering dan basah. Sesetengah orang suka gunakan asam jawa untuk menambah elemen masam, tapi ada orang suka gunakan asam limau. Korang suka yang mana? Kalau admin, memang tak kisah sebab dua-dua pun sodap!

S.belacan3
sumber: instagram
S.belacan
sumber: afc

 

5. Sambal Budu

S.budu2
sumber: facebook

Inilah dia sambal kegemaran dan kebanggaan ore kelate! Tapi… bukan setakat masyarakat di Kelantan, ramai orang di seluruh negara meminati sambal budu ini kerana rasanya yang unik. Selain sambal belacan, budu pun jadi pilihan orang ramai untuk dibuat pencicah ulam-ulaman. Nyummm!

S.budu1
sumber: buletin online
S.budu4
sumber: instagram

 

6. Sambal Kuini

S.kuini
sumber: instagram

Asasnya adalah sambal belacan tapi sedikit berbeza kerana ianya ditambah buah kuini. Rasanya pedas, sedikit masam dan manis serta ada rasa berlemak, ramai orang gemar jadikan sambal kuini ini sebagai pencicah kepada ulam, dimakan pula dengan nasi panas. Perghhh terliuqqq!

S.kuini2
sumber: instagram
S.kuini1
sumber: instagram

 

7. Sambal Kering

S.kering
sumber: fairuz loy

Lebih terkenal dengan nama sambal goreng jawa atau sambal ikan bilis kering, makanan ini sudah semestinya berasal dari masyarakat Jawa. Selain ikan bilis, antara bahan lain yang selalunya ditambah di dalam masakan ini adalah kacang, tempe serta kentang goreng. Dia punya rangup tu, memang best! Buat kudap kudap sambil tengok tv pun sodapppp!

S.kering2
sumber: nonie supian
S.kering3
sumber: resepi mudah

 

8. Sambal Tempoyak

S.tempoyak1
sumber: kuah kari

Kalau korang gila durian, memang tak sah lah kalau korang tak suka sambal tempoyak kan? Selain sambal belacan, tempoyak ini juga jadi kegemaran ramai sebagai pencicah atau ‘colek’ bersama dengan ulam-ulaman. Rasa pedas campur rasa berlemak tu memang sedap tak terkata!

S.tempoyak3
sumber: resepi nennie
S.tempoyak4
sumber: resepi nennie

 

9. Sambal Hitam

S.hitam2
sumber: twitter

Siapa tak kenal dengan sambal popular dari negeri Pahang ni kan?! Berbeza dengan sambal-sambal lain yang menggunakan asam limau untuk menambahkan rasa masam, sambal hitam ni guna buah belimbing. Proses nak siapkan sambal hitam ni agak lama sebab kena tunggu sambal betul-betul kering, tapi memang berbaloi. Makan dengan roti atau nasi panas-panas memang paduuuuu! 

S.hitam1
sumber: tihah diary

Sumber: Instagram

 

10. Sambal Gesek

S.gesek4
sumber: resepi nannie

Sambal yang berasal dari Negeri Sembilan ini menggunakan ikan bilis sebagai bahan wajib. Terdapat dua versi yang berbeza iaitu dimasak bersama cili api ataupun lada hitam. Dipanggil sambal gesek bersempena dengan teknik melumatkan bahan-bahan. Tengok gambar pun dah terliur ish!

S.gesek2
sumber: explorasa
S.gesek1
sumber: pamapedia

 

Pendek kata, memang semua sambal ni paduuuuu. Siapa tak makan memang rugiiiii kan? Sambal mana satu favorite korang? Cuba share dengan kami di ruangan komen ???

Baca: Jom Cuba! Orang Ramai Berpusu-pusu ke ‘Warung Bunian’ Ini Untuk Rasa Nasi Lemak Telur Bungkus

Nasi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.