in

“Bukan nak larang cuma…” – Bella Astillah Perjelas Sebab Kenapa Tak Bagi Bekas Mentua Jumpa Anak Buat Masa Ini

Ft Bella Astillah Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menegaskan yang dia mempunyai sebab tersendiri tidak membenarkan keluarga kepada bekas suaminya untuk berhubung dengan anak-anak.

Jelas Bella, keluarga bekas mentuanya juga sudah sedia maklum mengenai alasan dia berbuat sedemikian. Namun begitu, dia tidak memutuskan ikatan kekeluargaan antara anak dan keluarga bekas suaminya, tetapi dia kini sedang menanti waktu bersesuaian.


Artikel berkaitan : “Awak guna eyemo ke?” – Bella Astillah Pula ‘Show Off’ Bakat Nangis Depan Kamera

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Dalam Fasa Terkejut Selepas Bercerai

“Buat masa ini nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing, banyak benda perlu lalui terutama apa yang ibu dan bapa saya rasa. Sebenarnya pihak sana tahu apa isunya dan tak perlu ungkap lebih lanjut.”

“Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat.”

Screenshot 2024 08 09 134512

Tegas Bella lagi, dia bukanlah mahu menyekat bekas mentuanya menghubungi cucu-cucu mereka, tetapi ada insiden yang membuatkan penyanyi itu bersikap sedemikian. Dia tak mahu anak lelakinya, Ayden jadi keliru dengan kata-kata keluarga Aliff Aziz.

“Saya bukan nak larang, cuma tak mahu Ayden jadi keliru. Pernah masa hari raya Aidilfitri ada buat panggilan secara video bersama pihak sana tapi mereka cakap kasihan lihat wajah Ayden seperti tertekan dan risau, mesti dia risaukan daddy dia.”

Screenshot 2024 08 09 134633

“Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam itu yang buatkan anak-anak keliru, semenjak kejadian itu saya memang tapis.”

Screenshot 2024 08 09 134715

Tambah Bella lagi, sejak bercerai keluarga Aliff tidak ada menghubunginya tanya soal anak-anak. Sebelum ini, Aliff Aziz dan ibunya Siti Hafiza ada meluahkan rasa rindu terhadap Ayden dan Ara menerusi media sosial mereka.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.