Sejak dari dulu lagi, memang menjadi kesalahan bagi pelajar sekolah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Kalau terkantoi, biasanya handphone tersebut akan dirampas dan disimpan sebelum diberikan kepada ibu bapa.
Namun baru-baru ini tular satu video di TikTok menunjukkan guru sekolah telah membaling telefon bimbit yang dirampas dari pelajar sekolah ke dalam tong api.
Dalam video tersebut, korang boleh tengok sendiri tiga guru wanita membuang telefon-telefon yang dirampasnya itu di hadapan pelajar sekolah. Guru-guru ini dilihat menunjukkan dahulu telefon tersebut sebelum mencampakkannya ke dalam api.
Dikatakan, kejadian ini berlaku di salah satu sekolah agama asrama penuh di Indonesia. Menurut salah seorang netizen, guru-guru ini berbuat demikian kerana pelajar di sana telah dikatakan gemar bermain TikTok sehingga amaran yang diberikan berulang kali tak diendahkan. Bagaimanapun, kesahihannya tak diketahui.
https://www.tiktok.com/@malaysianupdatenews/video/7066791894814149915?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
“Ingat hp kutip tepi jalan ke?”
Video yang telah pun tular di pelbagai platform media sosial ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang mengecam tindakan guru-guru ini dan ada juga yang menyokong kerana menganggap ini adalah perkara yang patut dibuat kerana telah melanggar undang-undang sekolah.
Memang betul kalau ikut peraturan budak-budak tu salah bawak phone. Tapi kalau dah sampai bakar telefon macam agak melampau hukumannya. Bukan tu je, bakar phone pun memang bahaya sebab guna bateri lithium, kalau meletup naya…
Baca: Bahaya! Ini Sebab Korang Tak Patut Cas Telefon Sambil Tidur