Selalunya, kalau ada gatal-gatal pada tubuh mesti orang ingat kita terkena buatan orang ataupun diludah jin kan. Ha, jangan ada yang salah faham lagi sebab seorang doktor perubatan dah sahkan bahawa gatal-gatal tersebut tiada kaitan pun dengan unsur-unsur mistik.
Menurut perkongsian seorang doktor di Twitter, Doktor Khairul Hafidz telah mendedahkan bahawa sebenarnya penyakit ini dikenali sebagai gegata atau urticaria.
Menurutnya lagi, penyakit ini terjadi akibat alahan yang tidak diketahui puncanya .
Jadi, pesakit boleh ke klinik atau farmasi berdekatan dan anda akan dibekalkan dengan ubat steroid dan antihistamine iaitu ubat tahan gatal.
Jadi, korang tak perlu takut sangat dengan kegatalan ni sebab bukannya korang terkena gangguan makhluk halus.
Perkongsian ini telah mendapat banyak perhatian daripada netizen Twitter yang turut berkongsi pengalaman mereka terkena penyakit gegata ini.
Menurut Sinar pula, kegatalan ini boleh hilang dengan sendirinya jika urticaria yang dihadapi adalah tidak serius. Namun, kalau pesakit tidak tahan dengan kegatalan yang dihadapi, mereka disarankan untuk mengambil ubat daripada doktor.
Rupanya, terdapat dua jenis urticaria iaitu acute urticaria yang akan hilang dalam masa enam minggu manakala chronic urticaria pula berulang-ulang lebih enam minggu.
Jadi, korang yang menghidapi penyakit ni, jangan garu sesuka hati pulak. Segeralah jumpa doktor sebab takut melarat pulak.
Baca: “Melecur kalau kena gigit” – Ini Cara Merawat Kesan Gigitan Semut Charlie