in

“Bukan kita bagi” – PM Mohon Hentikan Kontroversi Dakwa Hantar Diesel Ke Filipina

Ft Diesel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta bahawa semua pihak menghentikan kontroversi berhubung timbulnya dakwaan penghantaran minyak diesel ke Filipina.

Jelasnya, penghantaran itu adalah berkaitan urus niaga syarikat asing Vitol yang beroperasi di Pengerang, Johor namun ia bukanlah syarikat Malaysia.


Artikel berkaitan: “Happy birthday PMX!” – Najib, Mohamad Sabu Antara Yang Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-78 Kepada Anwar Ibrahim

Artikel berkaitan: Bella Astillah Titip Kuih Raya ‘Freshly Baked’ Buat PMX, Syed Saddiq Jadi ‘Runner’ Ke Putrajaya

Kerjaan terpaksa tampung subsidi tambahan

Screenshot 2026 04 13 171603

“(Ia) bukan syarikat PETRONAS dan ia memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi (minyak) kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.”

“Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini.”

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluahkan rasa terkilan terhadap golongan yang tidak berterima kasih dengan keputusan kerajaan yang terus mengekalkan subsidi minyak kepada rakyat.

“Dengan keadaan sekarang, tentunya kita terpaksa buat pilihan. Berapa (peruntukan) untuk subsidi minyak yang kita bagi, itu pun tak pernah ada orang terima kasih.”

“(Untuk) RON95, dahulu subsidi RM700 juta kini dia jadi lima bilion ringgit satu bulan, tak termasuk diesel (tetapi) ada yang marah dengan (kenaikan harga) diesel.”

“Tapi diesel kita beri subsidi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam, bas sekolah, semua itu ditampung dengan subsidi diesel.”

Screenshot 2026 04 13 171838

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengatakan bahawa kos subsidi diesel sebulan iaitu RM 2 bilion tetapi sekarang menjadi RM 7 bilion, ini membawa maksud bahawa kerajaan terpaksa menampung tambahan subsidi.

“Jadi, apakah ia menyelesaikan semua masalah, belum. Ada orang yang terkesan? Ada. Boleh dia buat tuntutan? Boleh. Boleh dia runding? Boleh. Tapi tak perlulah caci dan maki hamun.”

Tegas beliau, angka subsidi minyak sehingga RM 7 bilion sebulan bukanlah satu jumlah yang kecil bagi kerajaan.

Dengan pertambahan subsidi untuk rakyat, beliau dedahkan bahawa ada projek besar terpaksa ditangguhkan dan melaksanakan projek yang memberi impak kepada rakyat terlebih dahulu.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.