Dilihat nama Zahnita Wilson kembali menjadi tumpuan selepas pendedahan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya bekas rakan perniagaannya tampil mendedahkan sikap bekas model itu.
Ia menjadi semakin hangat apabila wanita yang dikenali sebagai Nur Hanisah ini mendedahkan plot twist di sebalik kes mata bengkak yang pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia tidak lama dulu.
Artikel berkaitan : Individu ‘Spill Tea’ Tentang Zahnita, Dakwa Bekas Model Hanya Reka Cerita?
Artikel berkaitan : Abdul Zackery Dakwa Isteri Bohong, Tunjuk Perbualan Zahnita Minta Resepi Pai Daripada Ibu Mentua
“Mata bukan ditumbuk tapi…”
Ia berikutan dengan kecaman yang diterima dan tujuan dia membuat beberapa lagi pendedahan ini adalah untuk menjernihkan nama baik anak sulungnya yang teruk dikritik orang ramai.
Berdasarkan apa yang diceritakan menerusi IG Story miliknya, kejadian mata lebam yang pernah didedahkan oleh Zahnita sebelum ini adalah bercanggah seperti mana yang didakwa.
Menurut Hanisah, kejadian matanya lebam itu bukanlah disebabkan tindakan keganasan fizikal daripada suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, tetapi ia kesan hentakkan mainan daripada anak bongsunya ketika sedang tidur.
Bagi menjawab kecaman terhadap dirinya yang dianggap cuba masuk campur hal rumah tangga orang, Hanisah menegaskan bahawa, segala apa yang dikatakan oleh Zahnita selama ini dipercayai mempunyai banyak plot twist.
Jelas Hanisah lagi, tindakan yang dia lakukan ini bukanlah atas desakan mana-mana pihak, menurutnya lagi, Zackery tidak pernah sama sekali bersemuka dengannya untuk memburukkan bekas pelakon dan model itu.
Malah dia juga dedahkan sikap Zahnita serta mengakui bahawa dirinya juga pernah percaya terhadap kes keganasan yang didakwa berlaku terhadap Zahnita sebelum ini.
Dah tutup rumah sewa untuk bisnes pai
Di samping itu, Hanisah mengatakan bahawa dia adalah individu yang menaikkan perniagaan pai Zahnita bagi membantu nasib anak-anaknya.
Namun, kini Zahnita dikatakan tidak lagi menyewa rumah yang dijadikan tempat untuk menjalankan perniagaan pai ayamnya itu.
Letak dadah dalam makanan?
Pada Disember 2024 lepas, media melaporkan bahawa Zackery positif dadah dan berdepan dengan pertuduhan mendatangkan kecederaan. Disebabkan itu, Hanisah ‘buka cerita’ menjelaskan bahawa Zackery percaya bahawa bahan terlarang tersebut diletakkan ke dalam makanan oleh isterinya.
Oleh itu, Hanisah menegaskan bahawa segala kes keganasan fizikal dan merosakkan hidup yang dilakukan oleh Zackery itu tidak benar.
Ada bukti anak bongsu lemas?
Katanya lagi, dia juga mempunyai bukti termasuk gambar saat berlaku kejadian anak bekas pelakon ini didakwa lemas. Bahkan ada juga gambar anaknya terlepas beberapa kali di kawasan perumahan mereka.
Jelasnya lagi, sehingga kini, Zahnita dan Zackery masih berstatus suami isteri.
Sebagai rujukan, Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Sumber : Instagram, mStar Online