Awal minggu ini siri Netflix yang popular tahun lepas iaitu Squid Game sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri!
Ini kerana dua pelakon dari siri tersebut iaitu Jung Ho-yeon dan Lee Jung-jae berjaya menjadi selebriti pertama Asia yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Siri Drama untuk Screen Actors Guild Award (SAGAwards).
Jung Ho-yeon juga dilihatkan mengalirkan air matanya semasa menyampaikan ucapan malah selepas menerima anugerah itu, viral juga di Twitter satu klip dirinya dikatakan jatuh terduduk di hadapan Lee Jung-jae sebaik saja turun dari pentas.
‘Squid Game’ star Jung Ho-Yeon collapses to the ground as she hugs Lee Jung-Jae after they both win #SAGAwards. pic.twitter.com/i0Kk04zEva
— Ramin Setoodeh (@RaminSetoodeh) February 28, 2022
Tweet tersebut nyata mendapat perhatian orang ramai kerana difahamkan ia bukanlah kejadian jatuh terduduk tetapi dikatakan tindakan dari Jung Ho-yeon itu mempunyai maksud tersendiri dalam budaya Korea.
“Sebagai tanda hormat”
Menurut satu tweet seorang wanita berketurunan Korea menerangkan bahawa ia merupakan tindakan yang sering dibuat untuk menunjukkan tanda hormat kepada seseorang yang lebih berusia.
Actually that looks like a full floor Korean bow. It is a sign of deep respect and thanks. She is not collapsing. https://t.co/sfGgLlzP4v
— Dr. Dorothy Kim (@dorothyk98) February 28, 2022
Disebabkan itu, ramai juga yang turut bersetuju dengan kenyataan wanita ini kerana tindakan sujud tanda hormat itu sudah diamalkan sejak zaman raja memerintah di Korea Selatan pada awal 1800-an.
“Mungkin dia tunduk sebab Jung-jae selaku pelakon senior banyak bagi tunjuk ajar kepadanya sampai dia menang anugerah malam tu” – Komen netizen
Kalau korang yang kaki layan K-drama mesti akan familiar dengan tindakan ini kerana selalu juga scene tunduk hormat ni dimasukkan dalam drama-drama Korea yang ada untuk menunjukkan keindahan budaya negara tersebut.
Korang tengah layan drama apa sekarang? Katanya drama yang tengah hot sekarang title banyak guna nombor. Hehehe…
Baca: Arab Saudi Jadi Negara Pertama Di Dunia Anjur ‘Squid Game’ Secara Realiti