in

Bukan ‘Human Error’, Pesawat TLDM Terhempas Kerana Tidak Berada Pada Ketinggian Yang Ditetapkan

ft pesawat TLDM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laporan akhir nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah  diumumkan  pada hari ini, pihak terlibat telah mengenal pasti dua faktor sebagai punca berlakunya tragedi berkenaan.

Menurut kenyataan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, berdasarkan laporan akhir yang dikeluarkan Lembaga Siasatan hari ini, dua faktor utama tersebut adalah mendapati bahawa pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang telah ditetapkan serta telah memasuki laluan pesawat HOM AW139.


Artikel berkaitan : [VIDEO] Nak Bagi Selesa Tidur, Netizen Puji Nubhan Bawa Mak Jenny Naik Pesawat ‘First Class’ 

Artikel berkaitan : Wanita Ini Pandu Sendiri Pesawat Ringan Ke Perancis Sebab Teringin Makan Krep

Screenshot 2024 05 30 170342

Dalam pada itu, untuk faktor kedua pula, ia membabitkan penyaluran perhatian atau ‘channelized attention’ oleh kru pesawat HOM AW139, yang tertumpu ke arah penukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran.

“Hanya dua faktor sahaja yang telah kita putuskan di sini, dan laporan akhir ini selari dengan laporan awal sebelum ini. Laporan ini juga telah dihantar ke State Airworthiness Authority untuk rekod.”

“Di dalam laporan kita ini, kita tidak menyatakan langsung ‘human error’ (kesilapan manusia). Penemuan yang dibuat hanya menyatakan bahawa pesawat tidak berada pada ketinggian dan haluan yang telah ditetapkan.”

“Mengapa lembaga siasatan memutuskan sedemikian, kerana pesawat Fennec tidak mempunyai kotak hitam dan data-data yang boleh kita rumuskan untuk mengaitkan dengan ‘human error’ oleh juruterbang pesawat itu.”

Screenshot 2024 05 30 170254

Kedua-dua bangkai pesawat itu masih berada di markas udara untuk semakan dan siasatan lanjut biarpun ia sudah berada dalam keadaan tidak boleh diperbaiki.

“TLDM dan juga ATM berusaha sebaiknya untuk memastikan kebajikan waris mangsa nahas ini sentiasa diberikan perhatian utama.”

“Semua urusan berkaitan pembayaran pampasan khususnya skim takaful berkelompok ATM dan sumbangan lain sudah diserahkan kepada waris berkelayakan.”

Dalam laporan akhir TLDM, laporan autopsi mengesahkan bahawa tiada isu hypoglycemia ataupun unsur keletihan terhadap semua kru udara serta tiada sebarang penggunaaan bahan terlarang.

Bahkan, semua kru terlibat telah dikenal pasti secara perubatan, dan mereka ‘fit to fly’ serta tiada unsur sakit mental atau ‘mental illness’ direkodkan. Menerusi laporan itu juga, kematian semua 10 mangsa adalah berpunca daripada pelbagai kecederaan akibat kemalangan penerbangan.

Malah pesawat tersebut turut disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan laporan analisis kotak hitam, manakala berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi yang ada, pesawat Fennec tidak mempunyai masalah sama.

Screenshot 2024 05 30 170316

Kerja penyenggaraan kedua-dua pesawat juga disahkan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan, selain sampel minyak pelincir dan bahan api disahkan normal.

Bahkan, keadaan cuaca juga begitu baik dan sesuai untuk melakukan penerbangan ketika hari kejadian.

Laporan analisis kotak hitam pesawat jenis HOM AW139 digunakan untuk membantu siasatan, manakala bagi pesawat Fennec pembuktian profil penerbangan adalah melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar.

Kerjasama dan kepakaran dari pihak OEM telah dirujuk bagi membantu siasatan. Dalam pada itu, Airbus Helicopters turut mengesahkan bahawa tiada peralatan yang mempunyai ‘non volatile memory’ di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.

Sumber : Buletin TV3

 

Sumber: Bulletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.