Pada Jumaat lalu, akses internet dan telefon telah terputus di seluruh Gaza susulan serangan besar Israel ke atas talian, menara dan rangkaian di wilayah itu.
Mereka tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada orang yang mereka sayangi masih hidup atau mati.
Media melaporkan Israel memperhebatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza selepas perkhidmatan internet dan komunikasi mudah alih di Wilayah Palestin dilumpuhkan.
Bunyi letupan dan cahaya terang mula menerangi langit malam Gaza yang berpunca daripada serangan udara Israel.
Sejurus insiden itu diketahui seluruh dunia, tiba-tiba hartawan Elon Musk menawarkan perkhidmatan satelit Starlink untuk menyambung internet di Gaza.
Musk berkata, Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa.
Bagaimanapun, perkhidmatan komunikasi dan internet di wilayah itu dilaporkan kembali pulih selepas hampir dua hari terputus hubungan.
Namun bukanlah pemilik Tesla itu yang bantu memberi bantuan internet, tetapi syarikat telekomunikasi di Gaza sendiri iaitu Paltel yang ‘bertarung nyawa’ memulihkan kembali menyediakan rangkaian secara percuma kepada penduduk Gaza.
https://twitter.com/kusyuk/status/1719123340856860729
“Syarikat itu dalam keadaan bahaya tetapi tetap sediakan internet di sini (Gaza).
“Elon Musk telah menggunakan berita itu untuk kepentingannya sendiri. Dia tidak melakukan apa-apa. Keseluruhan drama ini adalah sia-sia,” dedah rakyat Palestin di media sosial.
Sementara itu, rata-rata netizen bertanya tentang ‘bantuan’ yang Musk janjikan namun tiada jawapan yang diberikan setakat ini.
Sumber: X, Astro Awani