in

“Bukan Black Friday je” – Ini Antara Acara ‘Sale’ Paling Meriah Seluruh Dunia!

Black Friday 1

Mungkin tak begitu popular di Malaysia, tetapi acara jualan murah tahunan yang dikenali sebagai Black Friday merupakan salah satu acara yang paling dinantikan dan ia sebenarnya dah wujud sejak tahun 1950-an lagi sebelum terkenal di persada antarabangsa sekitar tahun 2010.

Berlangsung sehari selepas sambutan Thanksgiving di Amerika Syarikat, Black Friday merupakan acara jualan murah paling sibuk dan jumlah jualan mencapai 30% daripada hasil jualan tahunan sesebuah kedai.

Ikutkan rekod, pada tahun 2017, jualan black friday di UK mencatat keuntungan sehingga 1.39 billion juta pound atau sekitar 7.4 billion ringgit dengan majoritinya adalah barangan berkaitan teknologi.

0 Johnlewis Store Front

Selain black friday, ini ada beberapa lagi acara jualan murah atau sale yang wujud di seluruh dunia.

White Friday

Pada tahun 2014, sebuah laman web berpangkalan di arab telah lancarkan versi black friday untuk rantau timur tengah tersendiri yang dipanggil White Friday dan biasanya akan berlangsung selama empat hari.

Nama berkenaan diambil sempena penghormatan kepada hari Jumaat yang biasanya dikenali sebagai hari ibadah dan hari untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul di negara arab.

Untuk rekod, pada tahun 2016 sebuah laman web e-dagang di Amerika berjaya menjual 1.2 juta barangan pada hujung minggu white friday tersebut selain peningkatan pelawat ke laman web sehingga 10 kali ganda.

Single’s Day

Jualan murah hari ‘single’ merupakan sambutan hari jualan terbesar di China yang lebih besar dari gabungan acara Black Friday dan juga Cyber Monday.

Malah, pada tahun 2017, ia mencatatkan keuntungan 4 kali ganda selain bukan sahaja menjadi fenomena di China tetapi juga seluruh dunia! Namanya diambil sempena tarikh tersebut iaitu 11.11 dan mula diperkenalkan oleh pelajar universiti sekitar tahun 1990-an.

857295 73361 Okkerrccag 1510231262

Untuk rekod, jualan hari single terbesar direkodkan adalah pada 2017 dengan keuntungan melebihi 25 bilion USD dan paling mengejutkan, mereka berjaya mencatatkan jualan lebih 1 billion USD hanya selepas beberapa minit selepas tengah malam tarikh berkenaan.

El Buen Fin

Acara jualan El Buen Fin ini ‘disambut’ di Mexico seminggu sebelum the Dia de la Revolucion atau Hari Revolusi yang merupakan salah satu daripada cuti hari patriotik Mexico yang paling diraikan.

Secara tradisinya ia disambut setiap hari Isnin ketiga dalam bulan November untuk memperingati kebangkitan menentang pemerintahan diktator Porfirio Diaz yang bermula pada hari itu pada tahun 1910.

Cuartoscuro Buen Fin Archivo

Sepanjang tempoh tersebut, kedai-kedai di Mexico akan menarik pelanggan dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, tawaran kredit serta pakej-pakej yang menarik. Tidak hairanlah pada 2017, jumlah kutipan jualan yang diperoleh semasa hari El Buen Fin ini mencecah 2.48 billion pesos, atau sekitar 500 juta ringgit!

Kalau dekat Malaysia, ada juga jualan-jualan menarik dijalankan dan pastinya ramai akan tertunggu tarikh-tarikh tertentu untuk nak dapatkan lebih penjimatan dan sekarang ni banyak platform menggunakan cara pembayaran yang lebih kurang iaitu sama ada kad kredit ataupun debit.

Tapi, korang tahu kan selain gunakan kad kredit atau debit, korang boleh bayar
secara ansuran atau beli sekarang bayar bulan hadapan dengan fungsi PayLater dari GrabPay untuk beli macam-macam barangan yang ada di bahagian PayLater deals.

Jadi, korang tak perlu tunggu ‘sale’ hari-hari tertentu untuk dapatkan penjimatan atau nak dapatkan tawaran yang menarik!

Grab Paylater

Sekarang ni GrabPay ada promosi untuk korang dapat semula cashback sebanyak 1.5% daripada apa yang korang belanjakan kalau gunakan kaedah PayLater by Grab yang mana ada 2 kaedah sama ada nak bayar pada bulan berikutnya atau pecahkan kepada bayaran bulanan.

Contohnya macam ni :

Grabpaylater

Harga asal ialah RM759 (ketika waktu pembelian), dan selepas pilih untuk bayar gunakan GrabPay, ada dua pilihan sama ada nak bayar bulan hadapan, atau bahagikan kepada 4 kali pembayaran dengan hanya perlu buat bayaran bulan pertama sebanyak RM189.75 sahaja ketika ‘check-out’.

Grab Rewards Catalog

Lagi best, kalau korang pengguna setia Grab, korang boleh subscribe perkhidmatan GrabUnlimited untuk dapatkan lebih ganjaran dan gunakan GrabRewards untuk menebus atau membuat pembelian secara online atau offline untuk pelbagai tawaran menarik melalui aplikasi Grab.

Image 4 1

Selain itu, ada juga beberapa manfaat sekiranya korang ‘terpilih’ sebagai pengguna setia Grab iaitu :

04. Gu Benefits 1

03. Subscription 1

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, korang boleh layari laman web Grab di sini.

Sumber: Mirror UK
Sumber: Scroll In