in

Bukan Biasa-biasa, Pasangan Di Thailand Ini Guna Tema Kematian Untuk Gambar Pre-Wedding

f4 prewed thai e1667619943353

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata pasangan bakal pengantin lazimnya akan memilih tema yang sweet untuk gambar kahwin atau pre-wedding mereka. Baru lah nampak seri pengantin baru tu kan.

Namun, pasangan di Thailand ini pula nampaknya tidak mahu menggunakan konsep gambar kahwin yang telah sering digunakan oleh kebanyakan orang lain. Laman web Coconuts Bangkok melaporkan bahawa pasangan ini telah memilih tema kematian untuk setiap keping gambar pra perkahwinan mereka.


https://www.facebook.com/Nonts.Kongchaw/posts/3155667754646532

Gambar-gambar pre-wedding dengan konsep rare itu pada mulanya telah dikongsikan di Facebook oleh Nonts Kongchaw baru-baru ini dengan ditemani kapsyen yang berbunyi ‘Love Beyond Death’.

Dalam perkongsian gambar-gambar tersebut, dapat dilihat bahawa pasangan tersebut yang memakai baju pengantin bergambar di tepi keranda. Selain itu, setiap gaya bergambar mereka turut ditemani dengan prop seperti bunga dan tali putih.

Difahamkan, prop yang digunakan terbabit sememangnya merupakan objek yang sering digunakan dalam upacara pengebumian di Thailand.

pre wed thai 4

Namun, pemilihan tema seumpama ini telah mencetus kecaman sesetengah netizen negara itu kerana ada yang berpendapat tindakan mereka itu boleh diibaratkan seperti sengaja menjemput nasib yang tidak begitu baik ke dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, tak kurang juga ada yang memuji idea dan kreativiti pasangan ini dan untuk pengetahuan semua juga, konsep seperti ini untuk gambar kahwin bukanlah kali pertama dibuat di dunia ini sebab pasangan dari Singapura juga pernah mengambil gambar mereka dalam keranda pada 2015.

Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan kata-kata “Till death do us part”. Apa-apa pun, semoga pasangan ni sentiasa bahagia menempuh kehidupan bersama. 

Sumber: Coconuts Bangkok, Facebook Nonts Kongchaw  

Baca: “Gambar nampak mahal”- Jurugambar Dipuji Sanggup Redah Hujan Masa ‘Outdoor Photoshoot’ Pengantin

prewed thai 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.