in

Budak Sekolah Berdepan Detik Cemas, Menjerit Minta Tolong Kena Kejar Sekumpulan Anjing Liar

Budak Kena Kejar Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengalaman dikejar anjing liar bukanlah satu pengalaman yang baik. Tak terbayang pada waktu itu betapa paniknya sehingga ada segelintir orang akan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri.

Tular sebuah video di media sosial, seorang budak sekolah terpaksa melalui detik cemas apabila dikejar sekumpulan anjing liar di Taman Medan, Petaling Jaya, pada Selasa.


Rakaman video itu memaparkan kanak-kanak itu sedang berjalan sendirian, menyeberangi longkang untuk menuju ke pintu masuk sekolah.

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Dikejar Anjing Liar Minta Bantuan, Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini

Bagaimanapun, secara tiba-tiba beberapa ekor anjing berwarna hitam dilihat mengekori untuk menyerangnya. Menyedari situasi yang berlaku, dia kemudiannya segera berlari dan menjerit meminta pertolongan.

“Dengar suara budak sekolah menjerit pun dah rasa takut,” tulis kapsyen dalam video yang jelas kedengaran jeritan budak sekolah terbabit.

Sejurus budak sekolah itu meminta pertolongan, beberapa penunggang motosikal kebetulan melalui lokasi itu membunyikan ekzos mereka untuk menyelamatkan budak terbabit.

“Jangan kata budak, kita sendiri pun takut”

Perkongsian video terbabit telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-rata meluahkan kebimbangan berhubung insiden yang berlaku.

Dalam pada itu, ramai mendesak agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera dengan menangkap haiwan liar yang sering mengundang ancaman.

Screenshot 2024 05 02 121344 Screenshot 2024 05 02 121308 Screenshot 2024 05 02 121253

Terdahulu, beberapa hari lalu turut berlaku kejadian serupa apabila seorang budak lelaki nyaris kemalangan selepas melarikan diri daripada dikejar seekor anjing.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.