in

Budak Lelaki 5 Tahun Boleh Jawab Soalan Matematik Kurang Dari 60 Saat, Ibu Kongsi Petua

ft budak genius math

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kebolehan yang bukan semua kanak-kanak sebaya dengannya boleh miliki adalah di mana adik Uwais Mohammad Zulqarnain yang baru berumur 5 tahun ini mampu menjawab soalan Matematik dengan tepat dalam tempoh kurang dari 60 saat tanpa menggunakan kalkulator.

Bukan itu sahaja, Uwais yang berasal dari Johor Bahru ini juga boleh membaca huruf Sepanyol, Rusia dan Jawi.


Artikel berkaitan : ‘Group’ Facebook Dikecam Gara-Gara Cadang Boikot Pelajaran English, Sains & Matematik

Artikel berkaitan : Suami Set Penggera Jam Telefon, Isteri Kena Jawab Soalan Matematik Untuk Matikan

Screenshot 2025 01 10 123211

Ibunya, Surya Syafiqah A Rahim, 32, berkata, anak sulungnya itu dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab sejak berumur 4 tahun. Malah, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion.

Selain itu, Uwais juga mampu membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa dan tidak dinafikan bahawa kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik.

Screenshot 2025 01 10 123133

“Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.”

“Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini. Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.”

“Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu.”

Screenshot 2025 01 10 123151

Jelasnya lagi, Uwais sepatutnya mengikuti kelas matematik yang khusus untuk kanak-kanak 5 tahun, tetapi dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak 6 tahun.

“Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat. Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan.”

Jelasnya, anaknya itu pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuklah murid cemerlang dan anugerah matematik. Dalam pada itu, ibunya juga menitik beratkan pemakanan buat Uwais yang serba sedikit merangsang kekuatan mindanya.

“Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.”

Surya dan suami berharap agar perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.