Masa kecik-kecik dulu, korang ‘sebulu’ tak dengan sepupu korang bila balik kampung? Macam bff ke atau pun korang pantang jumpa dengan diorang? Asal jumpa je nak ‘bersilat’. Ada je benda nak gaduh.
Lebih-lebih lagi kalau sepupu tu sorang budak bandar sorang budak kampung. Confirm ada je benda nak gaduh. Benda yang paling selalu digaduhkan mesti mainan. Kalau zaman sekarang ni tak tau lah kan…mungkin berebut smartphone?
Melalui sebuah video oleh seorang bapa ini di laman TikTok, anak lelakinya yang terlihat sedang ‘rancak’ bergaduh dengan sepupunya itu telah membuat ramai terhibur!
@mrkhairulmrboss Macam ni lah anak bapak, budak kampung vs budak bandar hahaha #fypシ゚viral #sepupu
“Macam ni lah anak bapak, budak kampung vs budak bandar hahaha”- @mrkhairulfirdaus
Video berdurasi 25 saat ini telah berjaya mendapat sebanyak 707.9 ribu penonton dalam masa tak sampai sehari!
Menurut bapa ini, budak lelaki yang memakai baju Spider-Man itu merupakan sepupu anaknya yang dipercayai daripada bandar. Jika tidak dipasang muzik latar, memang terdengar riuh suasana rumah hanya kerana perbalahan dua hero itu. Terpaksa si nenek jadi ‘pengadil’ untuk redakan mereka.
Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat dua hero ini ‘bersilat’ dan katanya punca pergaduhan dipercayai kerana berebut patung Spider-Man.
Namun, ramai juga yang boleh relate dengan keadaan dua sepupu ini setiap kali pulang ke kampung halaman.
Min pun dari kecik pantang jumpa dengan sepupu min. Confirm berlari satu rumah atok! Korang yang masih rapat dengan sepupu sampai ke besar tu jangan lupa bahan diorang bila throwback zaman kecik-kecik dulu tau! Hahahaha
Baca: Laju betul!- [VIDEO] Cubaan Lari Rumah Budak Kecik Ni Buat Ramai Terhibur