in

Buaya Besar Berjaya Ditangkap, Hampir 20 Orang Bantu Tarik Ke Darat

2Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negeri Sarawak cukup sinonim dengan haiwan reptilia, buaya. Banyak kisah berkenaan buaya yang kita dengar dari negeri itu sehinggakan mereka menamakan haiwan pemangsa itu Bujang Senang.

Terkini, seekor buaya besar telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di Sungai Tatau, Sarawak. Yang menjadi perhatian dalam video @amertronz adalah saiz buaya itu yang cukup besar. Dalam video tersebut, kira-kira 20 tenaga lelaki perlu dikerahkan untuk menarik buaya yang berjaya ditangkap itu ke darat. Korang tengok video di bawah ni.


@

♬ –

Memetik laporan Kosmo!, pihak berkuasa telah berjaya menangkap dua ekor buaya berdekatan Sungai Tatau. Dianggarkan buaya pertama itu adalah sepanjang 17.5 kaki dengan berat dianggarkan 1.2 tan. Manakala buaya kedua pula berukuran 17.39 kaki dengan berat dianggarkan 1.3 tan.

Menurut sumber, operasi memburu buaya tersebut dijalankan selepas reptilia itu telah membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di Sungai Tatau baru-baru ini.

 

Baca: “Mungkin ia tersesat” – Penampakan Buaya, MBSA Nasihatkan Orang Ramai Hati-hati Ketika Beriadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.