in

“Buat tu je dulu” – Alif Satar Kongsi Tips Untuk Mereka Yang Baru Nak Start Jogging

Ft Alif Satar Tips Larian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanyalah mana-mana kawan korang yang lakukan aktiviti larian ataupun jogging, pastinya mereka akan berikan jawapan bahawa nak memulakan aktiviti berkenaan pastinya berasa berat, malas, liat dan bermacam-macam alasan lagi.

Biasanya, beberapa hari pertama itu sememangnya akan berasa sukar, tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi senang dan kita akan dapat rasakan perubahan pada tahap kecergasan, stamina semasa larian dan lain-lain.


Baru-baru ini, penyanyi serta pengacara yang cukup dikenali kerana gaya hidupnya yang aktif bersukan telah kongsikan tips berguna buat mereka yang ingin melakukan sebarang aktiviti larian atau memulakan gaya hidup aktif.

Screenshot 2023 11 21 101851 Horz

Menurut video yang dimuatnaik di TikTok tersebut, Alif yang kelihatan sedang melakukan larian itu menasihatkan mereka yang ingin ‘berjinak-jinak’ dengan aktiviti tersebut supaya tidak meletakkan target yang besar sebagai permulaan.

“Alif sendiri tak buat macam tu”

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak meletakkan target yang besar semasa mula-mula lakukan larian dahulu. Sebaliknya, korang dinasihatkan untuk meletakkan masa sahaja.

Artikel berkaitan : “Kenapa Seremban” – Netizen Terhibur Tengok Dialog Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana

Artikel berkaitan : “Sampai hati korang…” – Tular Gambar ‘Glow Up’, Alif Satar Buat Netizen Terhibur

Sebagai contoh, ambil tempoh 30 minit untuk lakukan larian. Fokuskan kepada tempoh tersebut dan bukannya jarak yang korang boleh lari dalam tempoh berkenaan sambil enjoy proses larian tersebut.

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut, menurut Alif ‘enjoy the process‘ di sini bermaksud korang meneruskan rutin larian selama 30 minit tersebut dan nilai dengan sendiri jarak yang korang boleh lari setiap minggu.

@itsalifsatar 30minit.. Buat tu je dulu??? #FitnessTips #RunningTips #ActiveLifestyle #alifsatarsong ♬ original sound – alifsatar

Tambahnya lagi, pada minggu pertama, mungkin jarak larian dalam tempoh tersebut hanya 2 kilometer, namun ia akan menjadi lebih baik pada minggu-minggu selepas itu.

Apa yang berlaku adalah badan kita mula mendapat rentak dan semakin menyesuaikan diri dengan gaya hidup baharu tersebut dan aktiviti larian akan semakin mudah dengan badan yang lebih segar dan lebih power. 

Dalam masa yang sama, Alif juga mengingatkan mereka bahawa aktiviti larian itu tidak akan menjadi lebih mudah melainkan mereka sendiri menjadi lebih baik (dari segi stamina) dan sebagainya.

Sumber : TikTok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.