‘Langit tak selalunya cerah’ begitu juga dengan perkahwinan. Kerana itu, perkahwinan bukan saja memerlukan kasih, sebaliknya perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
Bagaimanapun, kesemua itu tiada dalam perkahwinan lelaki ini, lantas membuatkan dia menyerah kerana tak sanggup untuk terus hidup dengan isterinya saat isterinya begitu memerlukannya.
“Hati saya dah tertutup untuknya. Forever. She’s a ‘Mayat Hidup'”
Lelaki yang menggelarkan dirinya Ben ini telah kongsi luahan hatinya kepada Natalia Aivy Dibit.
Katanya, dia bertindak menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak boleh ‘puaskan’ nafsunya malah sampai ke tahap dia sanggup memukul isterinya. Kesiannya…
Malah lebih teruk lagi, isterinya pernah cuba bunuh diri dengan mengelar lengan dan lehernya ekoran tertekan dengan krisis rumahtangga yang dihadapi mereka.
“Saya jatuhkan talak. Dia betul-betul menangis macam orang putus nafas.”
Disebabkan merasa terbeban dengan ‘masalah’ isterinya itu, Ben tanpa rasa bersalah telah berlaku curang dalam rumahtangga mereka.
Segalanya terbongkar pada hari dia jatuhkan talak…
Gugur 4 kali, Operate Cyst 5 kali dan Hidap Kanser Serviks Tahap 3
Namun, nasib isterinya baik kerana dia sering dibantu oleh bekas tunang Ben yang sanggup membayar kos pembedahan dan sentiasa ada di sisinya.
Bekas tunang Ben juga turut mencarikan ustazah bagi membimbing isterinya untuk mendalami agama Islam.
“Saya gagal tunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan gagal jadi isteri yang baik.”
“Saya jadi macam orang hilang akal”
Lepas bercerai, Ben cuba untuk cari semula bekas isterinya tapi dia menemui jalan buntu, sampailah satu hari…
“Benar, saya menyesal.”
Ben terkejut dengan perubahan bekas isterinya. Tambah lagi, dalam ceramah itu, tak ada satu pun perangai buruk dirinya diceritakan.
Malah wanita itu sering mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan bekas suaminya.
“Saya rasa macam nak peluk, cium dia. Tapi saya tahu, dia bukan milik saya lagi.”
“Saya jatuh cinta kali kedua dengan isteri saya”
Selepas pertemuan Ben dengan bekas isterinya, perasaan menyesal dalam dirinya semakin menebal. Namun, dia sedar wanita ini bukan lagi miliknya.
Kedukaan Ben bertambah apabila wanita yang pernah dicintainya pergi menghadap Illahi.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Tak kira suami atau isteri, hargai pasangan korang sebelum korang menyesal, sebelum terlambat macam Ben.