Haiwan peliharaan seperti kucing bukan sahaja dapat menghilangkan bosan anda, malah si bulus ini juga dapat menceriakan hari-hari tuannya dengan telatah dan kerenah yang tersendiri.
Bagaimanapun, memiliki kucing bukanlah mudah seperti yang disangka. Seseorang itu perlu memberi komitmen dari segi kewangan dan masa untuk kebajikan si bulus.
Jika si bulus tidak mendapat perhatian tuannya, maka anda berkemungkinan akan menerima nasib yang sama seperti lelaki dalam video yang tular ini.

Gigit skrin sebab nak perhatian
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok ini, seorang individu dilihat sedang asyik bermain permainan video dengan menggunakan laptop di atas katil. Namun, tiba-tiba datang si bulus lalu menggigit bucu skrin laptop.
https://www.tiktok.com/@pranke_union/video/7026714334948560134?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Apa yang mengejutkan warganet adalah apabila skrin laptop itu tiba-tiba rosak akibat digigit anak kucing yang berwarna putih tersebut. Amboi kuat betul gigi tu!
Perkongsian ini mendapat 1.1 jumlah sukaan dan lebih 14,000 komen. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi dan komen lucu mereka.
“Cara nak berhentikan tuan main game…”

“Marah laptop bang…”

“Akibat tak beri perhatian…”

Kucing dah lama rancang, manusia je yang lalai.
BACA: Setiap Hari Datang ‘Berjaga’, Hospital Lantik Oyen Jadi Pengawal Keselamatan

