in

“Buat masa ini memang tak ada” – Kes Simbah Asid Faisal Halim Masih Misteri

syaz ft 2025 02 04T164126.491

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar atau pun tidak, kes simbah asid melibatkan pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim hampir genap setahun.

Kes tersebut bagaimanapun masih belum ada perkembangan serta tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.


Artikel berkaitan: “Semangat mendidik” – Orang Ramai Teruja Tengok Faisal Halim Jadi Coach Pasukan Bola Sepak

Artikel berkaitan: Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman Ambil Alih Kes Simbah Asid Faisal Halim

faisalhalim322 1738653806

Malah, perkembangan siasatan berhubung kes terbabit juga ‘tergantung’ dengan pihak Selangor FC (SFC) tidak mengetahui sejauh mana perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui, pihaknya masih menunggu hasil siasatan kes itu.

“Buat masa ini memang tak ada (laporan dari pihak berkuasa). Buat masa ini kita belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Johan turut berkongsi mengakui beberapa tindakan lanjut sudah dilakukan bagi menunaikan hasrat kerajaan negeri untuk membantu dengan mendapatkan peguam terbaik bagi mengendalikan kes tersebut.

“Pihak kerajaan itu saya fikir, itu satu inisiatif daripada pihak mereka untuk mendapatkan peguam, buat masa ini tak ada apa-apa lagi.

Dalam dua ke tiga minggu lalu, pihak peguam ada membuat beberapa perkara tapi tidak ada apa-apa perkembangan lagi,” katanya lagi.

Pada 5 Mei tahun lalu, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 itu dilaporkan mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Susulan itu, Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey terpaksa menjalani pembedahan beberapa kali ekoran insiden itu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.