Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh merekodkan jumlah ‘full house’ pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara pasukan Harimau Malaya dengan Thailand pada Sabtu ini.
Hal ini kerana, lebih 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan kerana ia dihalang oleh struktur pentas untuk konsert Jay Chou yang bakal diadakan tidak lama lagi dan sedang dalam proses pemasangan, lapor Harian Metro.
Peminat naik angin, serang IG Jay Chou
Disebabkan hal tersebut, rata-rata peminat Harimau Malaya kurang berpuas hati dan mengambil tindakan drastik dengan menyerang Instagram milik penyanyi dari Taiwan tersebut.
Mereka antaranya meninggalkan komen kesat dan mendakwa konsert tersebut menjadi punca kebanyakan peminat bola sepak tidak dapat membeli tiket perlawanan.
Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang menasihatkan orang ramai untuk berhenti muat naik komen negatif di page Jay Chou kerana ia memberi imej yang buruk mengenai negara ini.
Hannah Yeoh beri penjelasan isu ‘booking’ stadium
Tidak mahu isu ini terus berlarutan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semalam menerusi Twitter telah memberi penjelasan mengenai hal tersebut.
Menurutnya, pihak konsert Jay Chou telah membuat booking stadium bagi Jay Chou World Tour pada 13 Mac 2019, manakala FAM pula membuat booking untuk AFF 2022 pada 18 Ogos 2022.
Makluman
1)Booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.2)Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker & 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF pic.twitter.com/45lV5dZLu5
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 5, 2023
Katanya lagi, konsert itu juga memerlukan 14 hari pemasangan pentas oleh 500 krew dan 185 krew antarabangsa. Ia termasuklah penggunaan 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu.
Mereka juga telah lewat 2.5 hari kerana memberi laluan kepada perlawanan Piala AFF baru-baru ini.
Sehingga setakat ini, dimaklumkan bahawa kesemua 59,000 tiket diperuntukkan untuk perlawanan tersebut telah habis dijual.
Diharapkan peminat bola sepak di luar sana bertenang dan berlapang dada dengan situasi yang dihadapi sekarang. Kalau masuk final jom ramai-ramai kita all out, okay?
Baca: “Ingat penyokong mesin ATM ke?” – Peminat Bola Sepak Marah Tiket Perlawanan AFF Terlalu Mahal?