Dalam melayari bahtera perkahwinan, setiap pasangan haruslah sentiasa memupuk kasih sayang di antara satu sama lain.
Antara cara-cara yang terbaik untuk memupuk kasih sayang ni ialah bila korang selalu luangkan masa bersama pasangan, beri hadiah, beri layanan yang baik dan macam-macam lagi benda sweet yang korang boleh buat.
Tapi admin tak dapat bayangkan macam mana tergurisnya hati seorang isteri tu bila segala yang dilakukan buat suami seperti tak dihargai macam video yang tengah trending kat bawah ni.
“Sakit tidak berdarah”
Menerusi video TikTok yang dikongsikan @c_ehem yang mendapat lebih 1 juta likes, ia memaparkan seorang wanita yang dilihat sedang menanti suaminya dari belakang pintu sambil memegang sebuah kek hari jadi.
Setelah sekian lama menunggu, si suami pun masuk tapi nampak macam tak terkejut langsung dengan surprise kek yang dibuat isteri. Meskipun lilin dah terpadam, si isteri tetap menyalakan ia semula, namun suami dia tetap buat tak tahu!
@c_ehem sakit tak berdarah
Walaupun tak dilayan suami, wanita ini dilihat masih tersenyum bila memandang kamera di depannya. Alahai sedihnya!
“Jangan sampai isteri tawar hati”
Rata-rata netizen yang melihat video itu seakan-akan dapat merasakan kesedihan yang dialami wanita itu apabila dia tidak dilayan dengan baik oleh suaminya.
Malah ramai juga yang memberi pesanan kepada para suami untuk sentiasa menghargai isteri mereka dan sekurang-kurangnya jagalah hati isteri tu baik-baik.
Admin husnuzon jelah mungkin suaminya penat kot sebab tu dia tak terkejut dengan surprise isteri dia buat. Harap dia minta maaflah kat isteri dia sebab buat macam tu. Kalau min mau merajuk setahun!