in

“Buat bila bergejala” – Dr Izzar Kongsi Sebab Ujian RTK Boleh Bertukar Kejap Negatif, Kejap Positif

page covid izzar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang dengar orang yang buat ujian kendiri RTK Antigen dapat keputusan negatif tapi lepas beberapa hari buat lagi sekali, keputusan bertukar positif?

Disebabkan itu, ramai yang akan terus buat ujian PCR untuk mendapatkan keputusan Covid-19 dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun, difahamkan ujian RTK Antigen juga boleh berikan keputusan yang sama sekiranya dibuat dengan cara yang betul.


Sedar isu keputusan RTK Antigen yang berubah-ubah ini kerap menjadi buah mulut netizen, Dr. Izzar Anwari yang juga merupakan suami kepada pelakon Ummi Nazeera tampil memberi penjelasan menerusi posting di Instagramnya @izzar.

https://www.instagram.com/p/CaEL4zVlnNs/

“Ada dua faktor penting untuk dapat keputusan yang tepat”

Ujarnya di bahagian kapsyen, untuk mendapatkan keputusan tepat dengan mengguna ujian kendiri RTK Antigen adalah pada hari ujian dibuat ataupun ketika ‘viral load’ seseorang itu sedang memuncak iaitu dari 3 hingga ke 5 hari selepas terdedah dengan pesakit positif.

“Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.” – Dr. Izzar

Tambahnya lagi, sekiranya ‘viral load’ tak cukup tinggi, ujian kendiri itu sendiri tak dapat mengesan virus Covid-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun seseorang tu sebenarnya positif.

Malah, untuk mengetahui bilakah waktu untuk mulakan pengiraan 3 hingga ke 5 hari selepas berjumpa dengan pesakit Covid-19, Dr. Izzar menegaskan bahawa ‘viral load’ juga dikenali sebagai ‘infectious period’ yang mana seseorang itu akan mula bergejala dalam tempoh tersebut.

Haa, kan dah menjawab segala persoalan. Hehehe… Yang penting kit yang kita guna untuk buat ujian tu dapat kelulusan dari MDA okay? Jangan silap beli pulak!

Baca: Pegawai Perubatan Ini Jelaskan Beza RTK & PCR, Serta Waktu Terbaik Buat Self Test

untitled 2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.