Bagi mereka yang melanjutkan pengajian di universiti awam, korang pasti ingat antara subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar adalah seperti TITAS, Hubungan Etnik, Etika dan Peradaban serta banyak lagi.
Subjek ini semua walaupun penting untuk pengetahuan awam, ia sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan course yang kita ambil kan?
“Belajar universiti di Malaysia lebih LAMA dari luar negara”
Perkara tersebut telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang mempersoal mengenai tempoh pengajian di universiti Malaysia yang memerlukan 6 hingga 7 tahun bagi seorang mahasiswa mendapat ijazah sarjana muda atau degree.
Isu ini telah dibentangkannya di Parlimen baru-baru ini dan kemudian dimuat naik di Twitter untuk tatapan ramai.
Belajar universiti di Malaysia jauh lebih LAMA dari luar negara.
Kalau Malaysia nak dapat ijazah sampai 5-6 tahun, di Singapura, Australia & UK hanya 3-4 tahun.
Banyak subjek WAJIB macam TITAS, Hubungan Etnik, Etika & Peradaban.
WE MUST DO BETTER. pic.twitter.com/tJGuKscLzL
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2021
Saya nak tekankan berkenaan situasi di universiti. Di negara-negara luar kamu hanya perlukan 3-4 tahun untuk dapat ijazah.
“Tetapi di Malaysia, 2 tahun Asasi, paling pendek pun 1 tahun dan selepas itu tambah lagi 4 tahun. Anda perlukan 6-7 tahun untuk dapatkan degree.
“Itu tempoh masa yang lama. Kenapa lama? Kerana kamu perlu mengambil subjek-subjek mandatori seperti TITAS, Hubungan Etnik, Falsafah, Etika dan Peradaban. Saya ingin mencadangkan untuk pendekkan tempoh pengajian ini,” katanya.
Menurut Syed Saddiq, tempoh pengajian ini perlu dipendekkan kerana kita akan bertanding dengan graduan dari luar negara yang dah jauh dua tahun ke depan memasuki pasaran kerja.
Tambahnya lagi, mereka ini sudah mempunyai pengalaman bekerja yang cukup berbanding graduan kita pada masa yang sama baru keluar dari universiti selepas berhempas pulas siang malam ke kelas.
“Asyik hafal, lepas exam habis semua tak ingat”
Perkongsian dari Syed Saddiq ini mendapat pelbagai komen dari netizen yang mana ada yang setuju dengan cadangannya dan ada pula yang merasakan subjek wajib itu sebenarnya bukan isu sebenar.
Apa-apapun bagus juga jika pihak bertanggungjawab membincangkan mengenai isu ini kerana jika tempoh pengajian dapat dipendekkan, mahasiswa dapat masuk ke industri pekerjaan lebih awal dan pastinya banyak peluang menanti mereka.
Baca: Kajian: Jumlah Sedikit Lelaki Yang Masuk Kolej & Universiti Jadi Punca Krisis Perkahwinan