Kompaun RM1,000 dan penjara, itu antara hukuman yang dikenakan bagi individu yang didapati melanggar peraturan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Itu di Malaysia. Di Britain lain pula ceritanya. Meskipun mengambil pendekatan sama dengan mengenakan denda kepada pesalah, jumlah kompaun yang dikenakan adalah berganda-ganda lebih tinggi daripada di negara ini.
£10,000 pound, atau lebih kurang dalam RM53,000 duit Malaysia. Mengikut laporan Daily Mail, itulah amount kompaun yang dikenakan terhadap mana-mana individu yang mengingkari arahan kuarantin atau pengasingan diri jika mereka disahkan positif COVID-19.
Langkah tegas itu dibuat bagi mengawal penularan wabak itu di Britain, yang ketika ini berada pada tahap membimbangkan.
Jumlah denda yang dikenakan bermula dari £1,000 bagi kesalahan tidak kuarantin selepas pulang dari luar negara dan boleh mencecah sehingga £10,000 bagi mereka yang melakukan kesalahan berulang atau melanggar peraturan serius.
Perdana Menterinya, Boris Johnson memberi amaran Britain kini berdepan gelombang kedua serangan COVID-19.
Dan meskipun ketegasan terbaharunya itu mendapat kritikan ramai, Johnson menjelaskan ia terpaksa dibuat kerana masih ada yang berdegil enggan mematuhi kawalan kendiri dan panduan keselamatan sosial.
Baca: Didenda Baca Surah Yasin Sebab Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam