Sejak semalam, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan beberapa peniaga sebuah karnival jualan Aidilfitri berang apabila acara berkenaan dibatalkan pada saat akhir dan pihak penganjur tidak mahu bertanggungjawab berkenaan isu tersebut.
Susulan itu, ramai vendor yang terpaksa menanggung kerugian besar di atas pembatalan karnival yang sepatutnya diadakan di WTC KL.
Nama Boy Iman terpalit dalam kontroversi itu kerana difahamkan dia antara individu yang terbabit dalam penganjuran karnival tersebut.
Sebuah kenyataan daripada pihak WTC KL dikeluarkan memberitahu acara tersbeut dibatalkan dan pihaknya memohon maaf namun tiada sebarang ganti rugi akan diberikan.
“Pihak WTCKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.
Hal ini kerana WTCKL hanya merupakan venue provider sahaja dan tidak terlibat dalam pengurusan yang dikendalikan oleh TENVIEW (M) SDN BHD,” tulisnya.
Terbaru, Boy Iman menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia langsung tiada kena-mengena dengan pembatalan tersebut sebaliknya dia hanyalah salah seorang pekerja syarikat pengajur berkenaan.
https://www.instagram.com/p/CrN9CvvrgSE/
“Saya bukan CEO syarikat, saya juga bukan bertanggungjawab terhadap AKAUN syarikat, perjalanan syarikat, SOP syarikat, KEPUTUSAN syarikat selagi mana syarikat masih beroperasi dan sah serta mempunyai PEMILIK syarikat, LEMBAGA PENGARAH Syarikat dan CEO syarikat.
Saya hanyalah PEKERJA yang makan gaji tertakluk pada SURAT TAWARAN kerja dan SURAT PERLANTIKAN yang dikeluarkan kepada saya mengikut SKOP KERJA yang termaktub disitu DITANDATANGANI oleh SAYA dan CEO syarikat,” tulisnya.
Selain itu, dia turut memberitahu bahawa dia sedia untuk disoal siasat oleh pihak polis bagi menyelesaikan isu tersebut.
Dia turut meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi serta menokok tambah cerita berkenaan dirinya.
Baca: Karnival Jualan Aidilfitri Kena ‘Cancel’ Saat Akhir, Boy Iman Didakwa Dalang Scam Peniaga