in

Bosan Time Kena Kuarantin Kat Rumah? Jom Layan 6 Filem Jepun Yang Best Teruk Ni

F3 Survival Fam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kalau terkena jangkitan COVID-19, kebanyakan pesakit yang hanya mengalami simptom ringan atau tak bergejala dibenarkan untuk kuarantin di rumah sahaja.

Walaupun tak perlu dirawat di hospital atau ke pusat kuarantin, tapi kena duduk rumah diam-diam dan tak boleh keluar tetap boring dan stress. Jadi, untuk kurangkan kebosanan tu, apa kata korang layan enam filem best dari Jepun ni?


#1 Survival Family

Ditayangkan pada tahun 2016, filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal di Tokyo terpaksa survive tanpa elektrik dan telefon pintar selepas bekalan elektrik di situ terputus akibat solar flare.

Survival Fam 2

Disebabkan Tokyo bergantung sepenuhnya dengan kemajuan teknologi, jadi bila tak ada semua tu, mereka terpaksa guna cara lama seperti di kehidupan tradisional dulu-dulu untuk teruskan kehidupan.

Nak tahu apa jadi, boleh tonton dulu trailer filem ni.

#2 When I Get Home, My Wife Always Pretends to be Dead

Filem ini pula mempunyai jalan cerita yang unik. Menurut Asian Wiki, kisah bermula apabila watak utama iaitu Jun yang pulang dari tempat kerja terkejut melihat isterinya berdarah dan terlantar atas lantai rumah.

Rupanya, isterinya tak mati pun dan merah-merah tu hanyalah sos tomato dan dia sedang berlakon jadi mati.

Survival Fam 3

Yang membingungkan Jun, isterinya tu akan berlakon mati setiap hari namun dia tak jelaskan pada suaminya kenapa dia bersikap sedemikian.

Adakah hubungan suami isteri ini boleh diteruskan kalau si suami asyik terkejut beruk setiap hari? Tengok dulu trailer movie ni.

#3 Like Father, Like Son 

Filem ini pula perlu ditonton oleh anda yang suka tengok movie sedih. Ia mengisahkan tentang 2 orang anak lelaki yang tertukar ketika waktu lahir.

Keluarga masing-masing hanya tahu yang mereka anak mereka tertukar ketika dua kanak-kanak itu berusia enam tahun.

Kini, kedua-dua keluarga perlu buat keputusan adakah mereka nak tukar semula anak masing-masing atau biarkan sahaja kanak-kanak tu tinggal dengan keluarga ‘angkat’?

#4 Orange 

Walaupun tema filem ini macam tak logik sebab ia tentang Naho Takamiya yang menerima surat dari dirinya di masa depan, namun tetap menarik untuk ditonton.

Dalam surat tersebut, sahabatnya dikatakan akan membunuh diri. Jadi, mereka perlu selamatkan nyawa kawan baiknya itu.

Kalau nak tahu macam mana dorang cuba untuk halang best friend tu daripada ambil nyawa sendiri, kena la tonton sendiri filem ni.

#5 Lock-On Love

Kalau anda suka filem yang bergenre komedi romantik, filem Lock-On Love ini memang patut ditonton oleh anda.

Kisah bermula tentang Towa Furuya, seorang pelajar lelaki yang kacak dan diminati oleh pelajar-pelajar perempuan. Namun, dia sendiri tak pernah ada teman wanita pun.

Survival Fam 4

Suatu hari, dia ambil keputusan untuk confess pada seorang rakan sekolahnya iaitu Misono Miwa tapi sayangnya cintanya ditolak.

Walau bagaimanapun, dia tak berputus asa dan masih cuba untuk berkawan dengan gadis itu, Rupa-rupanya, Misono Miwa ada menyukai orang lain.

Adakah cinta Towa Furuya akan terbalas atau terkubur? Jangan lupa tonton filem ni kalau nak tahu kesudahannya. Sebelum tu, layan dulu trailer ni.

#6 A Gentle Breeze in the Village 

Kami syorkan anda yang suka tonton filem atau drama genre tentang persahabatan dan teen romance untuk masukkan movie ini dalam wishlist.

Ia berkisar tentang Soyo Migata yang merupakan seorang pelajar sekolah gred lapan yang tinggal di kawasan perkampungan terpencil di Jepun.

Menariknya, hanya ada enam orang pelajar sahaja yang bersekolah di sekolah Soyo. Ini kerana bilangan penduduk kampung tu sendiri memang sedikit.

Jadi, semua pelajar tu berkawan rapat dan suatu hari, seorang pelajar baru yang kacak berpindah ke sekolah itu dari Tokyo.

Kena la tonton sampai habis filem ni kalau korang nak tahu apa jadi lepas pelajar lelaki tu datang ke kampung mereka.

Semoga hujung minggu korang tak bosan lagi apabila ditemani filem-filem best dari negara matahari terbit ni! 

Baca: Pernah Lihat Shibuya Crossing Kosong? Ini Rahsia Bagaimana Produksi ‘Alice In Borderland’ Lakukannya 

Survival Fam 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.