in

“Bos aku suruh, kalau tak adik aku mati”- Alasan Remaja 19 Tahun Merompak Bank & Ambil Tebusan

1 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam dikhabarkan seorang remaja berumur 19 tahun cuba untuk merompak bank dan mengambil seorang wanita yang dikenali sebagai Mardhiah sebagai tebusan di Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Namun, remaja berkenaan berjaya ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank berkenaan dan mangsa tebusan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebelum ditembak mati, dikatakan remaja berkenaan ada memberi alasan kenapa dia berbuat sedemikian. Hal itu diceritakan oleh Mardhiah apabila dia dijadikan sebagai tebusan dalam rompakan bank itu.


Capture 5 2

Menurut laporan Harian Metro, Mardhiah yang dalam keadaan panik dan takut itu mendengar dengan jelas apa diperkatakan perompak berkenaan yang mahukan wang untuk ‘menyelamatkan’ adiknya.

Kenyataan yang dibuat oleh perompak berkenaan apabila dia ditanya oleh pelanggan bank yang turut sama terperangkap bersama Mardhiah.

“Aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit adik aku mati”

Mardhiah berkata, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan menjadi tebusan ibarat nyawa berada di hujung sabit.

P 1

Tambahnya lagi, dia masih terbayang-bayang insiden berkenaan kerana masa begitu pantas. Nak lari ke kiri tak boleh, ke kanan tak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di lehernya.

Dia ada juga mendengar yang pegawai bank menyuruh remaja itu untuk bersabar dan jangan apa-apakan dirinya. Ibu Mardhiah juga merayu supaya dirinya tidak diapa-apakan oleh remaja itu.

Baca : [VIDEO] Pendedehan Ibu Tebusan & Saksi, Saat-saat Cemas Remaja 19 Tahun Rompak Bank & Ugut Tebusan

Rompak

Sumber: Harian Metro
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.