in

Bonda Rozita Kongsi Pengalaman Haji, Dakwa Pakej VVIP Tidak Ada Makna

cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayaran yang dikenakan mencecah ribuan ringgit, namun bukanlah pakej VVIP yang didapati. Sebaliknya, masih lagi tidur berbantalkan plastik sampah seperti seorang gelandangan ketika menunaikan ibadah haji.

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita bersama ankanya, Datuk Seri Aliff Syukri ketika mengerjakan ibadah di Tanah Suci.


357051635 824634195698942 4890847541277959027 n

Jelas usahawan itu, meskipun dia dipuja dan disanjung di Malaysia kerana status dan kewangan yang dimiliki, namun dia saling tak tumpah seperti seorang gelandangan di Tanah Suci. Sambungnya lagi, dia tetap bersyukur dan menyifatkan pengalaman itu sebagai satu bentuk peluang untuk bermuhasabah sepanjang menjadi tetamu Allah.

“Serius haji bukan macam melancong, kita tak tahu apa Allah nak uji, apa Allah nak beri dan hikmahnya untuk memiliki haji mabrur. ‘Last’ gambar-gambar ni di Mina, selesai sudah melontar lengkap sudah haji bonda 2023.

“Pakej VVIP meskipun selayaknya gambar ini macam gelandangan dihalau, dijerit-jerit dek polis sedangkan kami di Malaysia dipuja, disanjung kerana status dan kewangan kami. Bonda bahagia tidur di atas plastik sampah memilih mabid (bermalam) gelandangan untuk merasai jiwa, untuk memahami maksud muhasabah diri.

“Banyak Allah beri ilmu bersama guru bonda. Ia merapatkan bonda dengan Kri (panggilan Aliff Syukri), Ammar dan besan sebagai tetamu Allah. Bonda gembira merasai gelandangan untuk kali ni. Setiap haji nikmat yang berbeza-beza,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

356658097 824634192365609 3694513777236560667 n

Dalam hantaran yang sama, Rozita berkata meskipun mereka mampu untuk memilik keselesaan, namun dia meyifatkan itu sebagai yang terbaik untuknya serta Aliff dalam muhasabah diri.

Menerusi hantaran yang lain pula, usahawan itu memuji Aliff Syukri yang menjaganya dengan baik sepanjang di Tanah Suci meskipun anaknya itu mengalami ‘slip disc’ tahap empat.

Sumber: Kosmo

BACA: Aliff Syukri Jual Durian Serendah RM5 Sekilo, Tak Jangka Dapat Sambutan Luar Biasa

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.