in

Bomoh Indonesia Ditahan Kerana Merogol Remaja Ketika Melakukan ‘Rawatan’ di Sibu Jaya

Page 25

Perubatan tradisional seperti berjumpa bomoh seringkali dijadikan pilihan alternatif untuk berubat. Sememangnya tak dinafikan perubatan sebegini memang mujarab jika kita berjumpa dengan bomoh yang asli. Tapi kalau jumpa bomoh yang sejenis mengambil kesempatan, itu seakan-akan mengundang bahaya seperti apa yang berlaku di Sibu, Sarawak.

Menurut The Star, seorang bomoh berusia 29 tahun telah ditahan kerana didakwa merogol seorang remaja wanita yang ingin menerima rawatan darinya.

Bomoh4
gambar hiasan

Kejadian berlaku pada Selasa pagi di mana ibu remaja tersebut telah menghubungi bomoh untuk datang ke rumahnya dan merawat anaknya yang mengadu sakit perut.

Sebelum ini, si ibu pernah menerima rawatan sakit badan dari bomoh yang sama dan mempercayai akan kepakaran bomoh tersebut.

‘Rawatan’ tersebut telah dijalankan di dalam bilik ditemani ibu dan makciknya. Selepas mengurut perut remaja yang berusia 20 tahun itu, dia kemudiannya memasukkan jarinya ke dalam kemaluan remaja berkenaan dan memberitahu ibu remaja bahawa anaknya bukan lagi anak dara. Dah kenapa bomoh ni? Menggelikannya! Lepas tu buat depan ibu perempuan tu pula!

gambar hiasan

Bomoh tersebut kemudiannya menyuruh remaja berkenaan masuk ke dalam bilik untuk mandi. Pada mulanya remaja itu menolak tetapi disebabkan takut akan ibunya, dia terpaksa akur. Bomoh itu meneruskan niat buruknya dengan merogol remaja itu dalam bilik air.

Womanraped
gambar hiasan

Remaja berkenaan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sibu manakala bomoh tersebut telah ditahan ketika menjual sayur-sayuran di Tatau lebih kurang 90 minit perjalanan dari Sibu. Padan muka… Kasi ajar sikit bomoh ni polis! 

Jijik kan? Kalau dah nama pun bomoh, rawat sajalah. Janganlah sambil menyelam minum air!

Baca: ‘Doktor’ Gila Seks Perdaya Tiga Wanita Mengandung Melakukan Perbuatan Lucah Untuk Puaskan Nafsunya

Capture 29