in

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 9 Tahun Yang Dihanyutkan Arus Deras Sebuah Longkang Ketika Cuba Ambil Bola

Arus Deras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas pada petang Jumaat semalam selepas mangsa dihanyutkan air deras sebuah longkang di Jalan Kajang Perdana 8, Taman Kajang Perdana.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mangsa sebelum itu difahamkan cuba mengambil sebuah bola di longkang tersebut sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang berkenaan.


Selepas itu, kanak-kanak lelaki tersebut telah dihanyutkan air deras longkang berkenaan, lapor Harian Metro.

2

Artikel berkaitan: “Motor buat cari rezeki” –  Hampir Hanyut Dibawa Arus Banjir, Netizen Sebak Lihat Pakcik Berpaut Pada Motosikal

Artikel berkaitan: “Dia hilang sudah” –  Suami Luluh Hati, Isteri Maut Dihanyut Arus Deras Lepas Hantar Bantuan Mangsa Banjir

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

1

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dan akhirnya kanak-kanak itu ditemui di dalam longkang bawah tanah sedalam 7.62 meter.

Mangsa akhirnya berjaya dibawa keluar dari longkang bawah tanah itu sekitar jam 7.29 petang dan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan lemah dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Harian Metro, Buletin TV3

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.