in

“Boleh tengok CCTV highway”- Nak Balik Kampung Raya Ini? Muat Turun PLUS App Untuk Bantu Anda Rancang Perjalanan

Balik Kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang dah tak sabar untuk balik kampung menyambut hari lebaran beberapa hari lagi kan.

Untuk anda yang akan memandu kereta sendiri untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari Aidilfitri bersama keluarga, jangan lupa untuk rancang perjalanan anda dan pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik agar tidak rosak di tengah jalan.


Baru-baru ini, seorang pengguna X yang dikenali sebagai umiizani telah berkongsi tentang satu aplikasi yang boleh bantu anda untuk rancang perjalanan balik kampung iaitu PLUS App.

Balik Kampung

Aplikasi PLUS ini mempunyai ciri yang membolehkan anda melihat kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lebuh raya agar anda boleh rancang perjalanan.

Bila tengok lebuh raya macam lengang dalam CCTV highway yang disediakan dalam app PLUS, maknanya anda boleh mulakan perjalanan.

Artikel Berkaitan: Cari Baju Warna ‘Hot’ Tema Raya Tahun Ni, Lelaki Terkejut Peniaga ‘Markup’ Harga Hingga RM350

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Tempelak Peniaga Yang Jual Baju & Seluar Raya Harga Asing-Asing

Aplikasi PLUS itu turut mempunyai ciri MyPLUS-TTA di mana pengguna boleh memeriksa expected traffic volume pada waktu perjalanan yang anda pilih.

Untuk pengguna lebuh raya KL-Karak, LPT2, NKVE atau lain-lain lagi, anda juga boleh layari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk tengok paparan penuh CCTV di setiap lebuh raya.

Senang la kan nak tahu secara live bila jalan tu lengang untuk anda mulakan perjalanan.

Hati-hati di jalan raya dan jangan lupa, biar lambat asal selamat.

Sumber: X @umiizani, Lembaga Lebuhraya Malaysia 

Sumber: PLUS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.