Setiap orang mesti mempunyai masalah tak kesah masalah kerja ke, peribadi atau keluarga. Sudah pasti setiap masalah ada jalan penyelesaiannya namun bukan terhadap seorang wanita ini dimana dia meminta bantuan kepada seorang penceramah motivasi, Mohd Fairuz untuk keluar daripada Islam.
Pagi-pagi Jumaat ni dapat satu panggilan, seorang wanita. Katanya,
"Boleh tak encik bantu saya keluar dari Islam?"
?
Nantilah saya tulis kisah penuh.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 14, 2020
Menurut Fairuz, wanita tersebut telah menghadapi masalah keluarga dimana dia telah dicabul oleh abang kandung sendiri sejak berumur 4 tahun. Dia telah mengadu kepada ibu bapanya mengenai hal tersebut namun tak diendahkannya. Alamak kenapa sampai macam tu sekali
Malah menurutnya, ibu bapanya juga turut suka menonton video lucah sehingga menyebabkan wanita tersebut bertambah stress.
Dalam hal itu, dia kurang dapat kasih sayang daripada keluarganya sendiri sehingga mempunyai hasrat untuk keluar daripada Islam.
Namun, Fairuz cuba untuk memahami masalah wanita tersebut dan cuba menasihatinya semampu yang boleh.
Selang beberapa hari kemudian, wanita tersebut menghubungi Fairuz semula dan bertanya mengenai solat sunat taubat.
Alhamdulillah, baguslah kalau dah macam tu. Lepas ni kalau ada masalah jangan fikir terburu-buru ye.