in

“Boleh saya cium dia?” – Ali Puteh Datang Rumah Hidayah Untuk Selesai Hutang, Lepas Rindu Peluk Hamzah

Ali Puteh Bayar Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah bertahun isu ini menjadi sebutan ramai, akhirnya pelawak Ali Puteh dapat menarik nafas lega apabila dia hadir sendiri ke rumah Nor Hidayah bagi menyelesaikan hutang sebanyak RM75,000 pada Selasa lepas.

Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, Ali atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, telah bertemu empat mata dengan Hidayah bagi menamatkan sengketa yang berlaku di antara mereka.


https://www.tiktok.com/@ayu_kekasih..themelvin/video/7337742599383518484?q=aliputeh&t=1708478757911

Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar,” katanya dalam video itu.

Walau bagaimanapun, seorang wakil keluarga yang hadir dalam pertemuan itu meminta wang tersebut didepositkan dalam akaun atau diserahkan kepada peguam.

Malah disebutkan juga dalam video itu, jumlah hutang Ali terhadap Hidayah bernilai RM75,436.48 termasuk faedah.

Ali juga pada masa yang sama tampil dengan surat akuan penerimaan yang menyatakan dia sudah menyerahkan wang kepada Hidayah.

Saya harap dengan selesainya urusan ini tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini,” kata Ali.

Ali Puteh Hidayah

Tambah Ali lagi, di dalam surat itu, dia juga berharap Hidayah serta keluarganya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.

Ini termasuklah perkara yang memburukkannya dan keluarga di mana-mana platform media sosial atau sebarang video yang mengaibkan.

Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” jelas Ali.

Hidayah juga dilihat telah menurunkan tanda tangan pada surat akuan penerimaan tersebut.

Artikel berkaitan: “Kita nak bayar, bukan nak lari, cuma masih belum cukup” – Ali Puteh

Artikel berkaitan: “Kau petik bini aku eh” – Ali Puteh Tawar RM500 Jika Dapat Jejak Wanita Kutuk Isteri Menangis Jual Kereta

Ali peluk Hamzah, dapat lepas rindu selepas bertahun tidak jumpa 

Menerusi satu video yang tular, kelihatan Ali Puteh akhirnya dapat bertemu dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hazmah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.

Suasana bertukar menjadi sedih apabila beberapa ahli keluarga dilihat memeluk Hamzah termasuklah Ali sendiri yang mengatakan bahawa dia sudah lama tidak bertemu dengan anak saudaranya itu dan meminta izin untuk menciumnya.

Empat tahun saya tak pernah jenguk dia. Ini kali pertama saya jumpa dia. Boleh saya cium dia?” kata Ali dalam nada sebak.

@malaysianewstv

Ali Puteh lepas rindu pada anak arwah Abam, Hamzah #hidayahhamzah #tiktokviral #fyp #aliputeh #beritatiktok #artismalaysia

♬ original sound – Malaysianews TV – Malaysianews TV

@aliputeh89

Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Terdahulu, Ali terpaksa menjual sebuah kereta Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang untuk membayar hutang berkenaan.

Pelawak itu juga dilihat turut menjual barangan peribadi termasuk trofi kemenangan bagi program Maharaja Lawak Mega.

Semoga semuanya dipermudahkan buat Ali dan Hidayah. Harap dah berbaik lepas ni, tak ada gaduh-gaduh lagi.

Sumber: mStar, TikTok 1/2

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.