Macam dengan Perintah Kawalan Pergerakan korang? Mesti dah bosan kan? Tapi korang jangan gatal-gatal nak keluar rumah pulak ye.
Cakap pasal keluar rumah ni, admin nak share satu video pasal sekumpulan jemaah yang buat solat jumaat baru-baru ni. Yang paling best, dorang ni kantoi, lepas tu kena naik lori polis macam penjenayah. Korang kena tengok video kat bawah oleh @nanmanjoi11 yang dipetik dari akaun Twitter miliknya
sembahyang jumaat ramai2 kat jeram… Dh kene angkut semua.. Pening pic.twitter.com/Q7bzd53NIw
— nanmanjoi?? (@nanmanjoi11) March 27, 2020
Mana boleh berkumpul ramai-ramai
Awal tempoh PKP haritu Menteri Hal Ehwal Agama dah bagitau semua acara keagamaan hendaklah dibatalkan. Pembatalan tu termasuk lah sekali dengan solat jumaat dan aktiviti keagamaan lain yang melibatkan perhimpunan ramai orang.
Memang pening lah weh abang polis tak pasal-pasal kena kutip ramai-ramai macam tu. Masuk lokap memang confirm pishang lah, duduk rumah boleh relaks goyang kaki sambil makan supering.
Itulah kena tangkap naik ramai-ramai macam tu dah macam geng kantoi tak puasa je admin tengok. Harap bersabarlah yang mana kena kutip tu, orang suruh duduk rumah taknak. Padan muka!
Kalau kantoi positif tu memang bertambah pening lah abang poli yang kutip dorang tadi tu. Tak pasal kena berkurung kat rumah.