Emosi dan semangat patriotik bercampur dalam diri setiap individu di Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia bersemangat untuk mengundi demi menentukan masa depan negara dalam pilihan raya yang dikatakan paling dahsyat dan epic ni!
Tapi, dalam pada orang berkongsi semangat masing-masing, satu post dekat media sosial dah dapat perhatian netizen dan jadi buah mulut semua. Cuba tengok, korang dapat detect tak apa yang tak kena dengan gambar bawah ni:
Kalau korang tak tahu peraturan ketika mengundi….
1. Individu tidak dibenarkan memakai pakaian yang tertera nama calon atau melambangkan mana-mana parti politik
Mungkin beliau terlupa kot tapi kalau tengok dalam gambar tu, PM Najib kita pakai baju 1Malaysia yang tertera namanya sendiri. Memandangkan beliau merupakan calon untuk Pekan….so tak boleh la kiranya kan…
Bukan main-main, tapi ada termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 2954. Mengikut Seksyen 26 (1): Ketika hari mengundi, tiada sesiapa pun boleh —
dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.”
2. Individu tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika mengundi
Yes, termasuklah…mengambil gambar!
3. (Hampir) buang kertas undi dalam kotak undian yang salah
Rakyat Malaysia berasa jengkel dan terganggu bila PM Najib kita ni, bukan setakat ambil gambar sambil mengundi, tapi jugak (hampir) buang undi DUN ke dalam kotak yang salah? Walaupun hanya untuk posing ketika ambil gambar!
Malah, ramai yang setuju that gambar tu pun bukannya a good picture yang nak ditunjukkan pada semua rakyat. Dan mungkin itulah penyebab kenapa post tu kemudiannya dipadamkan oleh official site Facebook!
Rakyat Malaysia yang ternampak gambar tu mula berkata-kata dan mengungkit isu double standard yang ditunjukkan.
“Peraturan adalah peraturan, lepas tu beliau boleh langgar je sesuka hati? Takde siapa lakukan sesuatu ke tentang ni?” komen seorang netizen
“Boleh ke ambil gambar masa mengundi?” sindir seorang netizen lain.
Apa apa pun, kita tunggu lah apa penjelasan PM Najib nanti ye….