Selalu kalau kita naik lif bangunan komersial atau apartment, mesti lif yang dinaiki tu hanya boleh muat maksimum 20 orang dalam satu-satu masa.
Namun, tahukah anda ada lif di India yang boleh memuatkan sehingga 235 orang sekali gus? Lif di Jio World Centre di Mumbai, India itu bersaiz besar daripada lif biasa kerana mempunyai luas 25.78 meter persegi!
Memetik laporan daripada laman web KONE iaitu syarikat yang memasang lif tersebut, difahamkan saiz lif berkenaan menyerupai saiz apartment studio.
Dalam video TikTok yang memaparkan keluasan lif tersebut, dapat dilihat ia memang besar sehingga ada yang pada mulanya menyangka bahawa ia merupakan sebuah bilik.
Artikel Berkaitan: “Luar banjir, dalam lif pun banjir? – Pengunjung Kongsi Detik Cemas Terperangkap Dalam Lif Mall Subang Parade
Dalam video yang berdurasi selama 32 saat itu juga, dapat dilihat pada bahagian dinding luar lif itu telah terpampang papan tanda yang tertulis “Largest Passenger Elevator in The World”.
Lebih menarik lagi, bahagian dalam lif itu juga dihias persis kamar mewah, siap ada sofa kecil lagi, kalau ada yang lenguh kaki lepas tunggu lif lama sangat, boleh la duduk sekejap kan.
Memandangkan Jio World Centre merupakan satu tempat yang boleh disewa untuk acara persidangan, pameran atau majlis kahwin besar-besaran, lif terbesar di dunia itu direka untuk memudahkan pengunjung yang ramai datang ke tempat tersebut ketika penganjuran acara-acara besar agar mereka tak perlu tunggu lama untuk menggunakan lif.
Sumber: KONE.com, CNN Indonesia, Instagramjktgo