in

“Boleh ke saya nak saman?” – Rosyam Nor Berang Cucu Kini ‘Insecure’ Jari Cacat Sebab Doktor Cuai

rosyam nor cucu jari cacat sebab doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon otai tanah air Datuk Rosyam Nor baru-baru ini mendedahkan seorang doktor di hospital swasta bersikap cuai ketika merawat cucunya.

Menerusi sedutan podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok, Rosyam Nor berasa berang apabila cucunya kini sering berasa insecure kerana keadaan jarinya yang cacat.


Kongsinya, kejadian itu berlaku selepas cucu keduanya alami kecederaan di jari akibat terkena air panas yang tumpah.

Artikel berkaitan: Saya Pesan Pada Isteri, Anak-anak Dan Cucu Agar Tidak Tonton Drama ‘Keluarga Itu’- Rosyam Nor

Artikel berkaitan: Doktor Salah Langkah, Kanak-kanak Usia 16 Bulan Terpaksa Dip*tong Tangan

cf21e26bf45d377fb37aa83b66248276

“Cucu saya yang kedua, tiga jari tangan dia terkena air panas sebab air tumpah.

“Dia masuk hospital swasta. Bangangnya doktor ni, dia balut ketiga-tiga jari itu sekali,” katanya.

Jelas pelakon yang berusia 58 tahun itu, cucunya terpaksa menjalani pembedahan sehingga tiga kali.

“Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia kata ‘saya tak nak mati’.

“Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu kenapa? Sekarang cucu aku dah cacat. Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangan dia,” ujarnya.

@suhanchannelofficial

“Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

Dia kemudian bertanya kepada panel jemputan yang juga seorang perunding kesihatan, Dr Muhammad Azrai, untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Walaupun perkara itu sudah lama berlaku, bolehkah saya nak saman dia?”

Dr Muhammaz Azrai berkata, tindakan saman atau aduan boleh dibuat jika pihak pesakit berasa tidak puas hati dan pihak bertanggungjawab akan membawa isu itu ke saluran seterusnya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.