in

“Boleh je pegang phone?” – Kawan Sekolah Buka Mulut Pasal Perangai Pelajar Dirotan Cikgu, Rupa-rupanya…

Pelajar Panggil Cikgu Pondan

Semalam kecoh di media sosial tentang video seorang ibu menyerang cikgu sekolah anaknya sebab telah merotan pelajar tu di lengan dan paha hingga ada kesan birat.

Difahamkan, pelajar itu telah memanggil cikgu lelaki terbabit dengan gelaran ‘ah kua’ atau ‘pondan’ secara bersemuka namun dikatakan telah meminta maaf selepas disarankan oleh rakannya.

Menurut kata ibu pelajar itu, anaknya dirotan menyebabkan dia kesakitan sehingga tak dapat nak angkat tangannya.

Pelajar Kena Rotan
sumber: lobak merah

Bagaimanapun, seorang remaja perempuan yang mendakwa rakan sekelas pelajar itu telah membuka mulut tentang insiden itu di Twitter. Katanya, pelajar yang dirotan itu memang bermasalah dan dia sokong tindakan cikgunya itu.

Maksud kamu perempuan tu tak salah? Saya sokong cikgu saya. Pelajar ini merupakan pelajar nakal di sekolah. Jadi, saya rasa tindakan guru itu merotannya adalah tidak salah.”

Kawan Komen1
sumber: twitter

Seorang netizen berpendapat cikgu tu sepatutnya hubungi ibu bapa pelajar tu ke sekolah dan bersembang tentang perangai anak mereka di sekolah. Dia juga cakap,cikgu itu patut berbincang sama ada nak gantung sekolah atau beri amaran, bukannya buat keputusan sendiri untuk rotan.

Namun, rakan sekolah itu pula berkata pelajar nakal tu nampak seronok je semasa buat laporan polis. Lepas tu, ibu dia kata tangan dia sakit sangat sampai tak boleh angkat tapi satu gambar menunjukkan pelajar tu pegang handphone dia dan nampak dalam keadaan baik saja.

Pelajar2
sumber: twitter

Bila dia pergi buat laporan polis, dia nampak gembira. Dia tak fikir tentang apa yang dia dah buat (kurang ajar dengan cikgu), jadi macam mana cikgu nak ajar dengan penuh kasih sayang? Ibu dia kata mungkin dia tak boleh angkat tangan, mungkin tangan dia patah tapi boleh pula main phone, macam mana tu?”

Pelajar1
sumber: twitter

Harap isu ni selesai dengan baik dan pihak sekolah serta ibu bapa dan pelajar tu dapat buat perbincangan secara profesional.

Baca: “Padan muka, mulut kurang ajar kan!” – Pelajar Dirotan Lengan & Paha Tapi Netizen Salahkan Ibu Sebab…

Cikgu Diserang