in

“Boleh jalan santai lagi” – Demi ‘Photoshoot’ Di Landasan, Pengantin Nyaris Dilanggar Kereta Api Di Tanah Merah

Pengantin Nyaris Dilanggar Keretapi Tanah Merah Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan pengantin pastinya mahu mengabdikan memori indah dengan mengambil gambar perkahwinan di lokasi yang cantik dan unik.

Namun, ada segelintir pengantin baharu sanggup mengambil risiko dengan bergambar di tempat yang boleh mendatangkan bahaya demi gambar yang cantik.


Tular di media sosial, sepasang pengantin di Kelantan telah mencetuskan kemarahan netizen apabila nyaris dilanggar dengan kereta api yang sedang lalu di sebuah landasan.

Artikel berkaitan: ‘Tren pulak kena slow”- Kenduri Kahwin Ini Viral Gara-gara Dilangsungkan Di Sebelah Landasan Kereta Api

Artikel berkaitan: Ramai Terkejut Lihat Pelamin Pasangan Ini Tinggi, Sampai Photographer Kena Naik Tangga Lipat

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Guillemard Bridge, Tanah Merah yang merupakan salah satu lokasi tumpuan bergambar kerana keunikan rekaan jabatan berkenaan yang tersendiri.

Menerusi video yang dikongsikan itu, pasangan pengantin dan jurugambar sedang beredar daripada landasan kereta api selepas dihon panjang oleh pemandu lokomotif untuk meminta mereka beredar dari kawasan terbabit.

Dapat dilihat jurugambar berlari pantas untuk beredar namun pasangan pengantin baharu itu berjalan santai seolah-olah kereta api masih lagi jauh daripada landasan terbabit.

Orang ramai yang melihat video itu membidas tindakan pasangan tersebut bergambar di kawasan itu tanpa merujuk kepada jadual perjalanan kereta api.

Bukan itu sahaja, netizen juga mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana telah menceroboh kawasan yang tidak sepatutnya.

Screenshot 2024 08 05 120624

Sekadar info, Guillemard Bridge adalah jambatan kereta api terpanjang di Malaysia mula dibina pada 1924 dan sudah mencapai usia 100 tahun pada bulan lalu .

Jambatan ini sememangnya menjadi tarikan orang ramai namun tindakan bergambar di landasan itu adalah melanggar Akta Keretapi 1991.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.