in

“Boleh jadi sumber pendapatan” – Pensyarah Saran Ibu Bapa Hantar Anak Belajar Kemahiran Sebelum Masuk IPT

Skill 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, apabila tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), para pelajar tingkatan 5 akan bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, seorang pensyarah menerusi akaun TikTok miliknya berpendapat para pelajar lepasan SPM sebaiknya belajar apa-apa kemahiran bagi menjana pendapatan pada masa akan datang.


Bawa anak belajar kemahiran sebelum masuk IPT

Pensyarah itu menyarankan ibu bapa kepada pelajar lepasan SPM untuk membawa anak-anak mereka belajar kemahiran hidup atau survival skill di mana-mana kelas atau kolej komuniti. Sementara menunggu keputusan SPM, adalah baik bagi pelajar tersebut mempunyai kemahiran yang boleh dimanfaatkan di universiti nanti.

Sebelum anak masuk IPT, suruh anak pergi kolej komuniti mana-mana belajar gunting rambut. Perempuan nak pergi butik muslimah susah betul tak? Kamu ada kemahiran gunting rambut tu.. boleh ambil upah gunting rambut kawan-kawan, ambil RM10 pun boleh buat duit, kan? Anak kena ada survival skill.

Tak semestinya upah menggunting rambut itu perlu diberikan dapat bentuk wang ringgit kerana ianya boleh dibayar dengan cara membelanja makan tukang gunting rambut.

Artikel berkaitan: “Ilmu akademik saja tak cukup” – Suhaimi Saad Ajar Anak Lipat Baju, Akui Ramai Diluar Sana Kurang Adab & Kemahiran

Artikel berkaitan: “Sebab KH aku pandai bertukang” – Netizen Tak Setuju Pendapat Subjek Kemahiran Hidup Dikatakan ‘Membazir’

Kalau lelaki, dia suruh kawan-kawan dia je gunting rambut, betul? Bagilah bayaran nasi sepinggan, belanja makan. Benda tu boleh jadikan sumber pendapatan semasa korang belajar. Kalau ada skill make up, boleh dapat RM500-RM600.

“Pastikan ada kemahiran hidup”

Pensyarah dari sebuah kolej komuniti itu berkata, para pelajar perlu menyiapkan diri dengan apa-apa kemahiran dan tidak semestinya perlu menimba ilmu kemahiran di kelas berbayar tetapi boleh dipelajari daripada keluarga sendiri.

Mak pandai masak, belajar dengan mak. Mak pandai urut, belajar urut dengan mak. Abang pandai gunting rambut, belajar. Itulah semua survival skill yang mana waktu PKP, ada jurutera yang jadi tukang masak. Kenapa tukang masak? ‘Saya belajar dari mak saya’.

Walaupun kemahiran itu boleh menjana pendapatan, ada sesetengah daripada itu memerlukan sijil profesional seperti kemahiran kiropraktik.

@sirladang

Saya tak suruh belajar full time. Saya suruh join short course hujung minggu. Dari cuti takde buat apa kat rumah. Banyak kursus untuk remaja even budak sekolah rendah pun datang belajar. Dari kecik diorang dah boleh develop minat. Kita boleh tau skill apa yang diorang nak. Aku post jugak video ni walaupun nanti akan ada yang kecam “ko single diam la…ko bukan ada anak”. Yelah! Ko je ada anak. Salam gaji 1500! #sirladang #kolejkomuniti #lecturerlife

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Di ruangan balas, ramai netizen bersetuju dengan pendapat pensyarah tersebut.

Skill 1 Skill 2

Wah, bernas jugak idea ni!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.