in

“Boleh jadi normal dan tak normal”- Doktor Kongsi Sebab Mengapa Kita Selalu Rasa Mengantuk Selepas Makan

f3 sae

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang rasa mengantuk selepas makan? Mesti ramai kan yang pernah mengalami macam ni, terutamanya selepas makan tengah hari. Rasa berat je mata ni, nak buat kerja pun susah. 

Rupa-rupanya ada sebab mengapa kita sering rasa mengantuk selepas makan.


8 1 3
Gambar Sekadar Hiasan

Menerusi Twitter, Doktor Samhan telah berkongsikan penjelasan atau sebab-sebab mengapa kita sering merasakan sedemikian setelah perut kenyang.

Menurut perubatan, rasa mengantuk yang kita alami selepas makan adalah kerana tindak balas pencernaan.

5 2

Difahamkan, hormon yang dilepaskan oleh tubuh kita selepas makan akan meningkatkan paras gula dalam darah. Otak pula akan mengeluarkan serotonin (memberi perasaan selesa dan senang) yang kemudiannya akan menyebabkan kita rasa mengantuk.

Selain itu, jenis makanan yang kita ambil juga boleh mempengaruhi rasa mengantuk selepas makan.

Contohnya, makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi dan makanan yang tinggi dengan protein (ikan, telur, daging) pula mengandungi asid amino trytophan.

rasa mengantuk
Gambar Sekadar Hiasan

Rupa-rupanya, tubuh kita akan menggunakan asid amino dari makanan-makan tadi untuk menghasilkan serotonin yang akan membantu anda untuk tidur.

Bukan itu sahaja, tabiat tidur yang tidak teratur juga boleh menjadi penyebab anda rasa mengantuk selepas makan.

6 1

Di samping itu, tahap kesihatan anda juga boleh penyebab kepada rasa mengantuk selepas makan itu.

Ia boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda mengalami penyakit seperti masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif, Anemia (kekurangan hemoglobin dalam darah) atau seliak.

Jadi, jika anda mengalami masalah mengantuk yang berterusan, disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah secepat yang mungkin sebab takut ada masalah kesihatan yang lain pula.

Sumber: Twitter @DoktorSamhan

Baca: Risau Wajah Nampak Tua Daripada Umur Sebenar? Jauhi 7 Perkara Inicover 1

Sumber: CBS News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.