Semalam, peguam kepada Anna Jobling tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku di antara pelakon berkenaan dan ibunya, Ariz Arop pada malam Ahad lepas.
Antara yang didedahkannya adalah beberapa siri video yang memaparkan peguam berkenaan, Wan Nurliyana Abdul Rahman, mengesahkan tiada pergelutan yang berlaku di antara Anna dan Ariz.
Saya pergi buka kunci kereta kali kedua, tiada sesiapa pun yang dikeluarkan daripada kereta,” menurut Wan Nurliyana.
Tambahnya lagi, dia juga mengesahkan yang ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan daripada kereta seperti yang didakwa wanita itu sebelum ini dan peguamnya hanya mengambil kad akses milik Anna daripada kereta.
Dalam pada itu juga, peguam berkenaan menolak dakwaan yang ibu Anna telah dikunci dari dalam kereta dan kenderaan itu juga boleh dibuka daripada bahagian dalam kerana ia tidak berkunci.
Kereta itu boleh dibuka daripada bahagian dalam. Kereta tidak dikunci, tetapi individu itu masih enggan keluar,” katanya.
Artikel berkaitan: “Dia hantar injunksi sebab tak tahan kena puk*l. Katanya mentalnya dis*ksa” – Ibu Anna Jobling
“Saya tak pernah keluar statement lawyer paksa keluar kereta” – Ibu Anna Jobling
Susulan penjelasan dari peguam, lewat malam semalam, ibu Anna, Ariz Arop memuat naik beberapa siri IG Story menafikan penjelasan berkenaan.
Menurut Ariz, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia telah dipaksa oleh peguam untuk keluar daripada kereta.
Wrong statement. I tak pernah keluarkan kenyataan lawyer paksa I keluar dari kereta.
“Apa yang I cakap, dia panggil lawyer keluarkan dia (Anna) daripada kereta. Bukan lawyer datang paksa I keluarkan kereta. Get your facts right!” katanya.
Ibu Anna tunjuk bukti kereta dikunci dari luar
Menerusi satu lagi posting IG story, ibu Anna juga memaparkan video yang didakwa bukti kereta dikunci dari luar yang mana pada ketika itu enjin kereta telah dimatikan.
Dapat dilihat juga susuk Anna diiringi oleh dua individu berlalu pergi daripada kereta berkenaan.
LISTEN CAREFULLY. Bunyi kereta dikunci dari luar. Yang tanya kenapa tak buka tingkap. See for yourself, enjin mati mana boleh buka tingkap. Boleh dengar dengan jelas bunyi LOCK!” kata Ariz.
Menurut Ariz, di dalam video itu, dapat dilihat dia mahupun Anna tidak menjerit kepada satu sama lain ketika pelakon itu dibawa keluar dari kereta.
Dia orang bawa anak I keluar, slowly walk out and ada ke dengar menjerit-jerit masa dia orang bawa dia keluar tu?
“Pun tak ada. Oh lupa, anak I pelakon,”katanya lagi.
Sehingga setakat ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Anna Jobling sendiri mengenai dakwaan yang dilemparkan ibunya itu.
Terdahulu, isu pergaduhan antara Ariz dan Anna tular di media sosial selepas ibu pelakon berkenaan memuat naik foto berada di balai polis dan mendedahkan dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkannya berjumpa dengan anak dalam jarak 100 meter.
Apa-apapun kita doakanlah semoga kemelut yang dihadapi oleh ibu dan anak ini selesai dengan baik.
Sumber: mStar, IG mamajobling