Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengadakan konsert solonya sempena pembabitan selama 30 tahun dalam industri muzik tanah air di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC).
Dalam konsert tersebut, ada segmen tribute untuk arwah suaminya iaitu Johan Nawawi yang menampilkan wajahnya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Namun begitu, tindakan Nora seolah-olah sedang berduet dengan arwah suaminya itu telah mendapat perhatian penceramah bebas, PU Syed yang tampil memberikan teguran secara terbuka buat penyanyi itu.
Artikel berkaitan: “Terima kasih atas gelaran b*tch” – Nora Dakwa Terima Hinaan Dari Keluarga Suami?
Artikel berkaitan: Nora Sahkan Sudah Rujuk Dengan Dr. Rushdi, Harap Perkara Lama Tidak Berulang Lagi
Menurut PU Syed, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut menerusi seorang hamba Allah. Katanya, perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik dianggap tidak selari dengan hukum syarak.
“Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.
“Kepada Nora, harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak.
“Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah,” katanya.
View this post on Instagram
Tambah Syed, tindakan tersebut boleh menimbulkan persoalan dari sudut hukum dan perasaan keluarga terutama suami, memandangkan Nora kini sudah kembali berumah tangga.
“Kemudian Puan Nora merupakan isteri kepada orang lain. Kena jaga hati suami supaya tidak menyakiti hatinya,” jelasnya.
Syed juga turut menyarankan pelantun lagu Hanya Satu itu agar merujuk portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci mengenai perkara tersebut.
Sumber: Instagram