in

Boleh Buat Kendiri Di Rumah, KKM Akan Mulakan Ujian COVID 19 Guna Air Liur Tidak Lama Lagi

Rapid Test Kit Air Liur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan akan memulakan ujian COVID 19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat ini.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi perkongsian Twitter KKM yang juga menyatakan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.


Menurut Astro AWANI, Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID 19 mencapai tahap sensitiviti 90%.

Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham

Pada Mei lepas, Noor Hisham juga memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian tersebut untuk dijual di farmasi tempatan.

Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu juga, individu tak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk buat saringan awal bagi kesan COVID 19.

Semoga usaha DG Hisham membawa hasil yang baik kepada kita semua. 

Baca: “Risiko amat rendah” – Dengar Macam Lucu Tapi COVID 19 Sebenarnya Boleh Berjangkit Melalui Kentut?

Kentut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.