Meskipun kemelut rumah tangga di antara dua pelakon iaitu Fazura dan Fattah Amin sudah berakhir dengan sadisnya, namun cerita berkenaan perceraian mereka masih hangat diperkatakan di media sosial.
Baru-baru ini, adik ipar Fattah Amin, Wan Aslam Zakaria menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu posting yang menarik perhatian netizen.
Artikel berkaitan: Peguam Hafidzah Hassan Dedah Dirinya #TeamFattahAmin, Perjelas Isu Penghinaan Mahkamah
Artikel berkaitan: “Tak sekali pun saya nampak Fattah gatal” – Pekin Dedah Sebab Kenapa Dia ‘Team Fattah’
“Kekal tenang dan senyum, insyaAllah Allah permudahkan. Bodyguard Along, cukuplah bawa ibu dan ayah tercinta,” tulisnya.
Dalam posting tersebut, adik iparnya itu memuat naik gambar Fattah Amin dengan kedua ibu bapanya dengan kapsyen yang sangat positif.
Hantaran itu menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata mendoakan agar urusan keluarga mereka itu dipermudahkan.
Selain itu, adik ipar pelakon terkenal itu juga ada memuat naik posting lain yang berbaur nasihat kepada pasangan yang sudah berkahwin di luar sana susulan dirinya sendiri ada terkena tempias dengan apa yang berlaku.
“Ikutilah Jalan Islam, maka kita akan selamat dan sebesar mana pun ujian kita, Allah akan tunjukkan jalannya jika kita ikuti jalan Islam, Iman dan Ihsan. Nasihat buat diri Ambe sekeluarga juga,” tulisnya.
Sebagai info, semalam, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.
Sumber: Facebook