Walau dah seminggu Syawal berlalu, kisah atas jalan raya ni masih lagi kita dengar. Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang lelaki tua bertengkar dengan satu keluarga di jalan raya.
Menurut satu video yang dimuat naik di sebuah laman Facebook, mereka ni duk menyalahkan sikap memandu satu sama lain yang boleh buat orang lain kurang senang. Seorang lagi pemandu cakap yang lelaki tua tu himpit kereta dia.
Lelaki tua pulak cakap pemandu tu potong kereta dia yang tengah laju dan tiba-tiba break. Uish bahaya tu! Lelaki tua tu juga tak malu mengaku yang dia seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mungkin nak takut-takutkan pemandu yang sorang lagi tu.
Rakaman video tu berakhir dengan dua-dua setuju nak settle benda ni kat balai polis je, senang. Lagipun dua-dua macam dah tak boleh nak sabar dah dengan perangai masing-masing. Karang bertumbuk pulak kat situ.
Lepas video tu tular, pihak KDN siasat dan rupa-rupanya pakcik tua tu bukanlah pegawai KDN pun. Rupa-rupanya dia ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015. Tapi dia digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan penyalahgunaan kuasa masa bulan Mei 2017.
KDN dah hantar video tu kat polis untuk tindakan lanjut dan mintak pihak terlibat lapor polis supaya pihak polis boleh buat siasatan.
Netizen rata-rata tak puas hati tengok pakcik tua tu sebab katanya dia tu terang-terang dah berusia dan guna kereta besar, tapi pemikirannya macam tak berapa nak matang.
Ramai jugak yang kecam lelaki tua tu sebab guna bahasa kasar dan memaki-maki sampai macam tu sekali masa gaduh. Dah la budak kecik yang dalam kereta tu dengar. Orang yang lalu lalang kat situ pun boleh dengar tau kalau terjerit-jerit macam tu.
Dah jadi samseng jalan raya, nak burukkan nama KDN pulak. Tak baik tau!
Tonton video kat bawah ni:
Sumber: Facebook
Baca: [VIDEO] Lelaki Tuduh Gadis Langgar Kereta, Tapi Kantoi Habis Lepas Rakaman Dash Cam Didedahkan