in

Bintang Badminton Jepun Dedah Diekori ‘Stalker’ Lebih Setahun Lalu

6shida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris dari Jepun, Chiharu Shida, mendedahkan beliau telah diganggu oleh seorang stalker sejak setahun setengah lalu, termasuk semasa berada di China baru-baru ini bagi menghadiri Kejohanan Badminton Asia.

Screenshot 2025 05 04 at 11.51.16 AM

Memetik laporan Stadium Astro, Shida, 27, yang meraih pingat gangsa dalam acara beregu wanita bersama gandingannya, Nami Matsuyama, berkata gangguan terkini berlaku di sebuah hotel dan ketika beliau sedang makan di luar bersama pasangannya di Ningbo, timur China.


Menurutnya, gangguan itu semakin serius dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan diri.

Ia semakin meningkat, dan saya berasakan ia menjadi berbahaya.”

Pendedahan Shida di media sosial telah mendorong pihak penganjur kejohanan memberikan perlindungan keselamatan termasuk pengawasan bilik hotelnya sepanjang berada di Ningbo.

Screenshot 2025 05 04 at 11.51.51 AM

Pasangan Shida–Matsuyama menamatkan Kejohanan Badminton Asia di tempat kedua dan kini sedang bersaing dalam saingan Piala Sudirman.

 

Baca: Gandingan Beregu Campuran Badminton Negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Akan Dipisahkan – BAM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.