in

Bina Plaza Tol Palsu Di Highway Untuk Kutip Duit, Sekumpulan Individu Tipu Pengguna Jalan Raya Lebih 1 Tahun

F4 Plaza Tol Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Plaza tol di lebuh raya dibina untuk membantu sesebuah negara itu membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya agar pemanduan pengguna jalan raya lebih selesa dan lancar. Namun, di Gujarat, India pula, ada sekumpulan individu telah membina plaza tol palsu untuk mengutip wang secara haram daripada pengguna jalan raya dan pemandu kenderaan.

Memetik laporan NDTV, plaza tol palsu itu telah dibina di sebuah tanah persendirian dan memintas sebuah lebuh raya.


8 1
Gambar sekadar hiasan

Pengguna jalan raya di sekitar kawasan itu akan dilencongkan agar mereka melalui plaza tol palsu itu dan ini menyebabkan mereka akan membayar tol kerana menyangkakan bahawa tol itu adalah milik kerajaan seperti kebanyakan plaza tol lain di negara itu.

Ini kerana difahamkan pihak yan tidak bertanggungjawab itu telah mengalihkan lalu lintas agar pemandu kenderaan akan melalui jalan plaza tol palsu berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Seringgit je kot!”- Individu Sanggup Cucuk Kereta Depan Sebab Tak Nak Bayar ‘Parking’

Artikel Berkaitan: Lelaki Patahkan Palang Tol Guna Tangan Gara-Gara Bengang Baki Tak Cukup?

Lagi mengejutkan, plaza tol palsu itu telah bertahan selama lebih setahun iaitu 18 bulan dan hanya disedari oleh orang ramai bahawa ia palsu baru-baru ini.

Plaza tol palsu itu juga hanya mengenakan bayaran tol separuh dari kebiasaan harga di plaza tol lain, jadi mungkin harganya yang murah itu juga membuatkan pengguna jalan raya di situ tak perasan bahawa ia adalah palsu.

Difahamkan juga, penipu plaza tol itu mengenakan bayaran sekitar 20 -200 Rupee India (RM1-RM11) kepada pengguna jalan raya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua kerana akhirnya pembinaan plaza tol palsu itu terbongkar ke pengetahuan pihak berkuasa dan kini siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik penipuan itu.

Cuma pelik juga lah kan, takkan lah tak ada langsung pegawai kerajaan yang lalu di kawasan tol palsu selama setahun lebih tu? 

Sumber: NDTV

Sumber: Livemint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.